Home » » #MH370: Anggota Keluarga MH370 Diminta Waspada Terhadap Sindiket Penipuan

#MH370: Anggota Keluarga MH370 Diminta Waspada Terhadap Sindiket Penipuan

Written By Unknown on 15/04/2014 | 11:04 pm

MH370: Anggota Keluarga MH370 Diminta Berwaspada Terhadap Sindiket Penipuan

Anggota keluarga penumpang dan kru penerbangan Malaysia Airlines MH370 diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak terjerumus dalam perangkap sindiket penipuan yang menjadikan mereka sebagai mangsa.

Pengerusi Biro Guaman MCA, Tay Puay Chuan berkata anggota keluarga yang menerima e-mel, panggilan telefon atau mesej teks yang meragukan hendaklah menghubungi pihak berkuasa dahulu.

“Mereka hendaklah menghubungi Malaysia Airlines (MAS) atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengesahkan kesahihan maklumat dan tidak membuat keputusan terburu-buru,” kata beliau dalam kenyataan di sini, Selasa.

Sebelum ini, sebuah akhbar dari China melaporkan bahawa ketika usaha mencari pesawat masih dijalankan, beberapa penipu menyasarkan anggota keluarga penumpang dan kru MH370 sebagai mangsa dengan tuntutan ganti rugi palsu.

Menurut laporan berita, sindiket yang menjalankan penipuan itu menghantar e-mel palsu dengan menyamar sebagai pegawai MAS untuk memaklumkan bahawa mereka sekarang boleh mula menuntut bayaran pampasan tetapi pihak penerima perlu membayar sejumlah wang sebelum syarikat penerbangan boleh memindahkan semua wang itu.

“Saya ingin menasihatkan semua anggota keluarga supaya mereka menghubungi jawatankuasa waris MH370 dahulu untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat terkini berhubung dengan perkara itu,” kata Tay.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

– BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger