Home » » Menipu Status Solat Di Facebook : Sham Kamikaze Jawab !!

Menipu Status Solat Di Facebook : Sham Kamikaze Jawab !!

Written By Unknown on 23/04/2014 | 3:03 pm



Pengakuan Bekas Isteri : Sham Kamikaze Menipu Bab Status Dia Bersolat ? klik d SINI


Jawapan ;

Assalamu’alaikum wbt. Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.

Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai.

Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa. Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.

Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah. Barakallahu fikum. Jadi apa pandangan pembaca sekalian mengenai hal ini? Tepuk dada, tanya selera. Apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini pasti akan diadili dan janganlah kita berpura-pura.

Wallahu a’lam.

Nota: Bekas isterinya Farazila Abdul Jabar sebelum ini mendakwa semua yang dipaparkan oleh Sham atau nama sebenarnya Shamril Salleh itu hanyalah satu wayang kepada peminat atau hipokrit semata-mata.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger