Home » » Meliwat ; Hukuman 5 Tahun Tak Cukup

Meliwat ; Hukuman 5 Tahun Tak Cukup

Written By Unknown on 15/04/2014 | 7:00 am



PEGUAM-PEGUAM pembangkang melompat sampai ke siling bila difahamkan bahawa barisan pendakwaraya dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari, memohon kepada Mahkamah Persekutuan nanti supaya hukuman penjara selama 5 tahun yang dikenakan ke atasnya, ditambah lagi kerana tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan.

Tindakan pendakwaraya itu bukan luar biasa, malah memang berlaku dalam banyak kes pun sebelum ini tapi tak kecoh pun semua peguam-peguam itu.

Bila Anwar yang terlibat, tiba-tiba semuanya jadi tak kena dan jadi tak betul, seolah-olah pertama kali dalam sejarah negara ini pendakwaraya memohon kepada Mahkamah yang lebih tinggi untuk menjatuhkan hukuman lebih berat semasa proses rayuan.

Apa punya law beruk-beruk ini pakai pun tak tahulah.

Logiknya, bagi kesalahan yang diperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, 5 tahun yang dikenakan ke atas Anwar itu memang nampak terlalu ringan. Dia main macam-macam wayang supaya kes ini ditangguhkan dari peringkat Mahkamah Tinggi lagi, dah menghampiri tempoh itu pun.

Mungkin Mahkamah ambil kira faktornya yang sudah tua dan nak mati tidak lama lagi, tapi itu pilihan dia sendiri. Dia yang nak kes ini berlarutan lebih lama kan.

Orang lain menangguhkan kes juga, tapi langsung tak macam Anwar – lebih dari 60 kali (digabungkan semua sekali).

Dalam hal ini yang lebih penting ialah Saiful sebagai mangsa liwat yang terpaksa menanggung begitu banyak kesengsaraan sepanjang kes ini berjalan. Tak termasuk fitnah dan penghinaan yang dilemparkan penganut Anwar yang tidak boleh menerima hakikat pemimpin mereka sememangnya peliwat.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger