Home » » Melaka : Foto Mayat Remaja Terikat Di Kerusi

Melaka : Foto Mayat Remaja Terikat Di Kerusi

Written By Unknown on 22/04/2014 | 12:28 am



Melaka: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui mati dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, mayat mangsa berbaju-T dan berseluar jeans ditemui sepasang suami isteri ketika meninjau lot kedai dua tingkat terbabit yang ingin dibeli mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mayat berkenaan ditemui dengan mulutnya ditutup menggunakan pita pelekat terikat pada sebuah kerusi yang jatuh di lantai.

"Tangan dan kaki mangsa diikat pada kerusi, manakala mulutnya ditampal dengan pita pelekat. Bagaimanapun, tiada kesan darah, kecederaan kasar atau tikaman ditemui pada tubuhnya.
"Mangsa dipercayai berbangsa India namun identitinya masih belum dikenal pasti dan kita akan membuat semakan dengan semua balai polis sama ada terdapat laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
--Hmetro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger