Kuala Lumpur: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan sebanyak 482 peralatan bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dan Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, dikategorikan sebagai ‘aset hantu’ atau peralatan tiada di lokasi (V4L).
Menerusi pembentangan laporan itu di Dewan Rakyat semalam, sehingga 31 Ogos 2013 sejumlah RM9,346 yuran masih dibayar bagi 26 peralatan V4L di HTAR sementara baki 419 peralatan lagi tidak dapat disahkan status yurannya, sebaliknya yuran untuk peralatan berstatus sama di HTF sudah dihentikan.
Semakan lanjut terhadap 26 peralatan V4L berkenaan mendapati Notis Untuk Mula/Tamat Perkhidmatan (SNF) sudah dikeluarkan bagi 12 peralatan, manakala 14 lagi tidak dapat disahkan kerana tiada salinan SNF dikemukakan untuk semakan.
Bagaimanapun, bayaran yuran bagi peralatan itu masih diteruskan dan jumlah lebih dibayar bagi peralatan berkenaan untuk tempoh antara lapan hingga 38 bulan ialah RM4,497.
Berdasarkan maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disertakan dalam laporan audit itu, 31 aset dijumpai semula di HTF, manakala di HTAR sebanyak 218 peralatan dikenal pasti tiada di lokasi dan laporan polis dibuat, 218 peralatan dilupuskan, tiga peralatan dipindah keluar dan enam peralatan dijumpai dan masih digunakan.
Aakj ; dulu tiap kali Aakj baca laporan Audit Negara hati terasa panas..rasa nak marah..sebab dah doktrin..pekerja kerajaan mestilah orang Barisan Nasioanal..emm tu dulu..kini dah 2 penggal..amat jelas hala Pekerja Kerajaan..so bila Laporan Audit Negara keluar dengan pelbagai cerita 'anih'..Aakj minta sangat siasat kegiatan haram mereka yang merosakkan nama Kerajaan Pusat !!
..yang jelasnya..mereka bukannya ahli UMNO dan penyokong BN !
myMetro
Post a Comment