Home » » Krisis Air Selangor:  Penyokong PR diLanda Sindrom Penafian

Krisis Air Selangor:  Penyokong PR diLanda Sindrom Penafian

Written By Unknown on 23/04/2014 | 8:00 am



Malaysia bakal menghadapi masalah kronik sekiranya rakyat terus memilih untuk mengambil sikap setia buta tuli, fanatik atau taksub keterlaluan dalam berpolitik. Penulis menyedari perkara ini apabila melihat bagaimana rakyat Selangor menghadapi krisis air yang jelas berpunca dari kelemahan pemimpin Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri.

Seseorang pemimpin atau sesebuah kerajaan yang bijak dan cekap seharusnya mampu mencongak akan sebarang pertambahan atau perubahan yang mungkin berlaku dalam negerinya beberapa tahun yang akan datang. Dalam kes negeri Selangor, iaitu negeri yang paling pesat membangun di Malaysia, kerajaan negeri seharusnya telah bersedia untuk menghadapi pertambahan penduduk, lama sebelum ia berlaku.

‘Persediaan’ yang dimaksudkan termasuklah dari segi memastikan bekalan air yang mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk serta aktiviti perindustrian.

Ternyata, kerajaan Barisan Nasional ketika memerintah Selangor sebelum ini, telah mengenalpasti masalah bekalan air yang bakal dihadapi serta mengambil langkah awal untuk menanganinya. Kajian serta perancangan rapi dilakukan antara kerajaan negeri dengan syarikat bekalan air bagi memastikan rakyat Selangor tidak perlu menghadapi kekurangan bekalan. Maka, Loji Langat 2 pun dicadangkan bagi menyalurkan air dari negeri Pahang.

Bagaimanapun, malang bagi rakyat Selangor kerana telah memilih kerajaan yang salah dalam Pilihanraya Umum 2008 dan seterusnya 2013. Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah membakulsampahkan segala kajian pakar dan usaha kerajaan BN untuk memastikan masalah bekalan air di Selangor tidak berlaku.

Sebaliknya, kerajaan PR terus mengulang-ulang tuduhan bahawa masalah bekalan air hanyalah momokan BN untuk mengkayakan kroni kontraktor binaan loji. Kerajaan PR juga menuduh syarikat bekalan air Selangor dengan berbagai tuduhan yang tidak kurang ‘hebatnya’. Setiap kali kerajaan BN atau syarikat bekalan air mengingatkan mereka tentang krisis yang bakal dan pasti berlaku, mereka membalas dengan tempelakan sambil disahut oleh penyokong-penyokong taksub mereka.

Kerajaan PR Selangor telah berhujah bahawa loji rawatan air di negeri mampu mengeluarkan 4,809 juta liter air terawat sehari dan cukup sehingga 2019. Kata kerajaan PR Selangor juga, mereka tidak perlukan penyelesaian dari hasil kajian pakar dan perancangan BN tetapi mampu membawa teknologi baru, iaitu kaedah membran bagi merawat air dari bawah tanah atau lombong.

Namun, segala teknologi atau kaedah yang dirancang ternyata hanyalah cakap-cakap kosong, sama seperti manifesto mereka juga. Akibatnya, hari ini, Selangor terpaksa mencatu air dari 4,900 juta liter sehari dikurangkan kepada hanya 4,367 juta liter sehari iaitu sebanyak 533 juta liter sehari.

Hakikatnya, catuan ini tidak perlu sama sekali jika kajian pakar serta penyelesaian yang dicadangkan BN melalui Langat 2 digunapakai sejak dari mula. Projek Langat 2 yang mengambil masa 39 bulan dari tahun 2010, tentunya telah pun siap pada hari ini dan rakyat Selangor tidak perlu langsung menghadapi masalah air yang kronik.

Apa yang menarik di sini ialah sikap penyokong Pakatan Rakyat yang enggan mengakui hakikat kelemahan pentadbiran parti itu. Di laman-laman sosial, mereka cuba sedaya upaya menafikan bahawa kesusahan yang mereka lalui hari ini akibat ketiadaan air adalah berpunca dari kebodohan parti dan pemimpin pujaan mereka.

Penyokong PR benar-benar takut sekiranya mereka mengakui hakikat tersebut, maka ia turut bermakna yang mereka sebenarnya mengakui kesilapan dan kebodohan sendiri.

Nampaknya, ego penyokong Pakatan Rakyat mengatasi keperluan kepada keselesaan hidup. Mereka sanggup berpura-pura tidak sedar mana yang benar dan mana yang salah. Malah, ramai di antara mereka terus berusaha menyalahkan kerajaan BN atas krisis air yang melanda.

Jelas, penyokong PR telah benar-benar ‘menyerap’ sikap dan cara pemikiran pemimpin mereka yang meletakkan permusuhan dengan kerajaan sebagai matlamat hidup di dunia. Slogan ‘lawan tetap lawan’ telah benar-benar menguasai minda dan jiwa mereka. Mereka taksub dan fanatik terhadap parti sehingga pemimpin sehingga tidak lagi mampu berfikir secara rasional.

Ketaksuban penyokong PR meletakkan negara dalam bahaya di mana mereka berkemungkinan besar akan membuat pilihan atau tindakan yang salah dalam menentukan hala tuju negara. Jika hari ini mereka sanggup memilih boneka sebagai ADUN, maka tidak hairanlah jika mereka sanggup memilih peliwat, pengkhianat mahupun si terencat sekali pun, sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak takut kepada kehancuran negara tetapi lebih takut sekiranya terjatuh air muka.

Biar tergadai segala-galanya, asalkan bukan UMNO dan bukan BN, katanya.

Apa lagi yang dapat dikata, selain berdoa agar Allah SWT menyelamatkan kita dari ketaksuban mereka.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger