Home » » KLIA 2: Air Asia Perlu Dihenti Dari Terus Ugut Kerajaan

KLIA 2: Air Asia Perlu Dihenti Dari Terus Ugut Kerajaan

Written By Unknown on 06/04/2014 | 12:30 pm




MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa lesen operasi yang dimiliki Air Asia hari ini adalah asalnya lesen yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepada sebuah syarikat milik bumiputra yang tidak perlu dinamakan disini.

Atas sebab tertentu, syarikat berkenaan tidak berupaya meneruskan perniagaan itu (ada sumber mengatakan kerana krisis kegawatan ekonomi 1997) dan Air Aisa pun wujudlah dengan lesen operasi tersebut. Kalau tidak, mungkin Air Asia tidak wujud pun, tapi kerana ehsan kerajaan membenarkan mereka mengambil alih lesen berkenaan, wujudlah mereka sehingga hari ini.

Justeru, bila kewujudan Air Asia pun atas belas ehsan kerajaan, tidak sepatutnya syarikat itu berani mengugut kerajaan, seperti dalam kes memindahkan operasi ke KLIA2 dari Terminal Tambang Murah (LCCT).

Ini bukan kali pertama syarikat berkenaan mengugut kerajaan. Sebelum KLIA2, Air Asia terlebih dahulu mengugut untuk memindahkan operasi syarikat tersebut ke Indonesia bila soal hutang syarikat itu dengan Malaysia Airport Berhad (MAB) berjumlah beratus juta ringgit mula menjadi isu awam.

Kini, bila berlaku tragedi MH370, Air Asia mengambil peluang dengan menjadikan soal keselamatan sebagai asas untuk tidak memindahkan operasi mereka ke KLIA2, mentang-mentanglah Air Asia bakal mendominasi 80% dari operasi syarikat penerbangan di fasiliti terbaru itu.

Sedangkan soal keselamatan bukan terletak di tangan Air Asia tapi agensi kerajaan berkaitan seperti DCA dan MAHB, apa yang Air Asia nak sibuk?

Justeru, sudah sampailah masanya untuk kerajaan mengkaji semula lesen operasi yang dianugerahkan kepada Air Asia dulu. Kalau perlu ditarik balik, tariklah balik dan berikan kepada syarikat yang lebih layak kerana syarikat itu nampaknya semakin besar kepala.

Tidak boleh dibiarkan syarikat berkenaan berterusan mengugut kerajaan macam ini. Mereka hanyalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan atas ehsan kerajaan, tidak sepatutnya bila sudah berkembang macam sekarang, mereka mengambil peluang untuk mengugut kerajaan pula.

Kerajaan tidak perlu bimbang jika keputusan menamatkan lesen operasi kerajaan diambil.

Ada banyak syarikat penerbangan murah yang boleh mengambil kekosongan yang ditinggalkan Air Asia seperti Malindo dan Firefly. Semua syarikat ini tidak wujud semasa Air Asia bermula, jadi inilah masa yang sesuai untuk mereka diberi peluang berkongsi segmen penerbangan murah yang selama ini dikuasai Air Asia.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger