Home » » Khalid Ibrahim Angkuh - Zuraida Mak Lampir

Khalid Ibrahim Angkuh - Zuraida Mak Lampir

Written By Unknown on 25/04/2014 | 6:39 pm

Kuala Lumpur -  Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin mempersoalkan kredibiliti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bersedia untuk menamakan calon yang layak menggantikan beliau.

Memetik laporan mole.my, Zuraida menganggap Khalid sebagai “angkuh” dan tidak memainkan peranan beliau dalam parti selain bertindak secara pasif.

“Beliau boleh lakukan tugas dengan lebih baik jika menerima pendapat daripada ahli-ahli parti. Tindakan beliau mencerminkan beliau sebagai angkuh untuk menerima nasihat daripada orang lain,” katanya kepada portal berita berkenaan.

Ahli Parlimen Ampang itu turut menegur Khalid kerana tidak bersedia untuk menangani masalah di negeri Selangor.

“Sudah dua penggal beliau memerintah kerajaan negeri dan dia seharusnya memiliki persediaan dan pandangan jauh tentang masalah-masalah yang akan dilalui di negeri ini,” tambah beliau.

Beliau turut mengesahkan kepada portal berita itu bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah sebagaisatu langkah untuk menggantikan beliau.

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh melakukannya, kerana komplikasi undang-undang, kami akan menamakan calon seterusnya yang layak untuk menggantikan Khalid,” tambah beliau.

Suara.tv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger