Home » » Kes Felda Jual Minyak Kelapa Sawit Ke Israel ; Siapa Saksi Utama Tarik Diri?

Kes Felda Jual Minyak Kelapa Sawit Ke Israel ; Siapa Saksi Utama Tarik Diri?

Written By Unknown on 23/04/2014 | 9:30 am


Menurut sumber, Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) mahukan penjelasan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution yang mengambil tindakan melakukan penyelesaian luar mahkamah dengan Felda.

Semalam, Saifuddin selaku defanden ketujuh dalam kes saman fitnah oleh Felda mengakui bahawa laporan Suara Keadilan membabitkan dakwaan Felda dan Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd menjual minyak kelapa sawit kepada Israel adalah satu fitnah.

Saifuddin juga mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak kelapa sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel seperti dalam dakwaan artikel, “2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel” dan “BN Jangan Tipu Rakyat” yang diterbitkan oleh Suara Keadilan pada 27 November 2012.

Tindakan Saifuddin ini menyebabkan enam lagi defendan kes tersebut, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman; Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, pnulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd berhadapan kemungkinan besar didapati bersalah oleh Mahkamah.

Sumber Pas menyatakakan, tindakan Saifuddin tersebut merupakan pengkhianatan kepada gerakan politik Pakatan bagi menawan kawasan-kawasan Felda.

“Ini merupakan satu sabotaj kepada perjuangan politik dan juga semangat setiakawan Pakatan Rakyat. Dalam kes sebegini apabila ada defendan ‘belot’, kemungkinan semua defendan lain akan kalah sangat tinggi terutamanya apabila kesemua mereka merupakan rakan sekutu dalam isu ini.”
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger