Home » , » "Kerajaan Pusat Tidak Pernah Tolak Hudud - Najib

"Kerajaan Pusat Tidak Pernah Tolak Hudud - Najib

Written By Unknown on 24/04/2014 | 2:21 pm


ALOR SETAR – Datuk Seri Najib Razak, menegaskan Kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud, namun mengakui masih banyak yang perlu diselesai dan diperhalusi sebelum undang-undang itu dapat dilaksanakan.

Justeru, Perdana Menteri menjemput semua ulama pondok untuk sama-sama memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu berhubung hudud, supaya keadilan yang menjadi matlamat induk pelaksanaannya terjamin.

“Kerajaan Pusat sokong mana-mana pihak sekali pun yang ingin melaksanakan hudud…namun sebelum itu perlu dipastikan masyarakat Islam benar-benar memahaminya secara mendalam… begitu juga bukan Islam.

“Mereka perlu dipastikan memahaminya supaya tak wujud salah anggap terhadap hukum-hakam Islam yang suci ini,” katanya ketika berucap sempena perasmian penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2014, di sini, sebentar tadi. – BH Online
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger