Home » » Kelantan : Siapa Dalang Di Belakang Pusat Maksiat Yang "Kebal" ?

Kelantan : Siapa Dalang Di Belakang Pusat Maksiat Yang "Kebal" ?

Written By Unknown on 26/04/2014 | 8:52 pm


Walaupun sudah beberapa kali diserbu dan pernah didakwa di mahkamah, dua pemilik pusat karaoke haram di sini tetap meneruskan operasi perniagaan masing-masing bagi meraih keuntungan mudah.

Bagi mengelak kegiatan dikesan, mereka kerap menukar pengurusan perniagaan untuk membolehkan aktiviti itu berlanjutan dengan sasarannya adalah pelanggan tetap sekitar Kelantan.

Pegawai Turus Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya berkata, dalam operasi berakhir jam 1 pagi semalam, pihaknya menyerbu dua premis di Jalan Zainal Abidin dan Jalan Pos Office Lama, di sini.

Operasi dijalankan secara bersepadu membabitkan dua pegawai dan empat anggota D7 termasuk anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Katanya, ketika serbuan dilakukan, premis mempunyai pelanggan dan pasukan bertindak merampas set karaoke bersama pembesar suara dan mikrofon selain perkakas pusat termasuk kerusi serta beberapa minuman keras, semuanya dianggarkan bernilai RM40,000.

“Siasatan turut mendapati premis pertama di Jalan Zainal Abidin sudah hampir lapan kali diserbu dan pernah dihadapkan ke mahkamah, tetapi tetap ingkar dan masih meneruskan operasi.

“Begitu juga dengan premis kedua yang lebih dari tiga ke empat kali diserbu hingga kini beroperasi dan mereka bertindak menukar pengurusan setiap kali diambil tindakan,” katanya.

Pusat karaoke itu dikatakan menjadi pusat hiburan untuk pelanggan tetapnya saja dan berselindung di sebalik pintu kaca yang sudah digelapkan.

Nik Rosdi berkata, pihaknya menahan pengurus kedua-dua pengurus pusat berkenaan masing-masing berusia 28 dan 41 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah seksyen 6 Enakmen Hiburan Negeri Kelantan kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger