Home » » Kejamnya Manusia : Foto 100 Ekor Anjing Di Tanam Hidup-Hidup

Kejamnya Manusia : Foto 100 Ekor Anjing Di Tanam Hidup-Hidup

Written By Unknown on 28/04/2014 | 8:27 pm

Pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan 100 anjing liar ditanam hidup-hidup di utara China dalam kes kekejaman terhadap haiwan terbaru menggemparkan rakyat negara itu.


Ini berikutan dakwaan sebuah badan kebajikan di Inner Mongolia bahawa sebuah lubang dipenuhi puluhan bangkai anjing yang dimuat naik ke Internet, Rabu lalu, adalah perbuatan pihak berkuasa tempatan. 


Kumpulan Yinchuan Dawn Pets Home membuat siasatan selepas seorang wanita yang mencari anjing peliharaannya berhampiran tempat pelupusan sampah di Alxa League berhampiran sempadan Mongolia mendakwa melihat anjing dicampakkan di situ. 


Bagaimanapun, siasatan kumpulan itu keesokannya terbantut apabila mendapati lubang berkenaan sudah dikambus dan mereka mendapat maklumat semua bangkai berkenaan dipindahkan dan didakwa dilakukan pihak berkuasa tempatan.

“Kami mengorek semula kawasan itu dan menemui enam bangkai anjing. Semuanya mempunyai tanah dalam mulut dan hidung,” kata wakil kumpulan itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan jurucakap pejabat perbandaran Chengguan yang memang terkenal dengan bersikap kejam terhadap haiwan. 

“Kami sedang menyiasat dakwaan ada anjing liar ditanam hidup-hidup. 
“Pejabat kami tidak melakukan perkara seperti itu, malah kami tidak bertanggungjawab terhadap pengawalan anjing liar,” katanya. 

Gambar dimuat naik ke Sina Weibo sebelum ini menunjukkan puluhan anjing di dalam lubang sedalam kira-kira enam kaki menimbulkan kemarahan orang ramai. 

“Mereka (pihak berkuasa tempatan) sepatutnya disumbatkan dalam lubang seperti itu. 
“Perbuatan mereka lebih teruk daripada binatang!” kata seorang pengguna Weibo. -AFP-hmetro-

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger