Salinan Repot:
Pada 4 APR 2014 Jam lebih kurang 1530 bertempat di Kedai kopi No B1 Jalan Kenari Biru, Taman Kenari Jaya, SUNGAI PETANI telah berlaku pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki India dan Cina. Pengadu yg berbangsa Cina bersama 6 rakannya sedang minum dan makan tiba - tiba sekumpulan lelaki India lk 7 hingga 8 orang yang menaiki 4-5 buah motosikal membawa parang telah menyerang pengadu dengan rakan - rakannya.
Mangsa bertindak melarikan diri keseberang jalan dan saspek telah mengejar dan menetak mangsa dihadapan kedai SS SALOON di ALAMAT NO B 79, Jalan Kenari Biru, Taman Kenari Jaya, SUNGAI PETANI.
Butir-butir Pengadu :-
1) Nama : YUSUF bin ABDULLAH
Kpt : RF 74351
Alamat : No 164 Lrg 3 Tmn Sg Lalang 2, BEDONG
Kerja : PDRM
2) Nama : Tan Yang TONG
Kpt : 45102902****
Alamat : no 375 Kg Raja, SG PETANI
Kerja : Peniaga kedai kopi.
Butir-butir Mangsa :-
Nama : Cheng Wai YEE
Kpt : 92080202****
Alamat : 23Lrg Berangan 3/1 Tmn Berangan Indah,
Suspek:
Lebih kurang 7 hingga 8 lelaki India yang tidak dikenali dipercayai dari Kumpulan 35 kawasan belakang hospital.
Tangkapan:
Dua lelaki India telah ditahan berikutan kejadian pergaduhan adalah seperti berikut :-
a) Nama : SUBRAMANIAM a/l THANGAVALU
Kpt : 60121308****
Alamat : No 1689 Lorong Inai 6 Taman Ria Jaya.
b) Nama : ARVIND a/l SUBRAMANIAM
Kpt : 9612210****
Alamat : No 1689 Lorong Inai 6 Taman Ria Jaya
Tangkapan ini dibuat setelah bapa saspek nama SUBRAMANIAM a/l THANGAVALU no Kpt 601213-08-**** yang membuat laporan palsu sebagaimana SG PETANI repot 9124/14 yang menyatakan pada 4 APR 2014 jam 1520 berhampiran Tuisyen Do Re Mi Bakar Sampah SG PETANI telah disamun motosikal No Pendaftaran PKF4778, Jenis Honda C100B warna biru tua yang didaftarkan atas nama LETCHIMEE a/p GOVINDAN, No Kpt : 631211-02-****.
Kenderaan yang dijumpai:
Sebuah Motosilal EX-5 Warna hitam no pendaftaran PKF 47** serta sebilah parang ditinggalkan tidak jauh dari tempat kejadian iaitu di hadapan rumah No.** Taman Mutiara, Jalan Sekerat, 08000, SG PETANI.
Hasil Semakan JPJ:
Semakan dibuat mendapati kenderaan didaftar atas nama LETCHIMEE a/ GOVINDA.
Siasatan:
Setelah siasatan dijalankan oleh pihak Jenayah IPD KUALA MUDA mengenai laporan tersebut SUBRAMANIAM a/l THANGAVALU telah mengaku membuat laporan palsu.
Kecederaan:
- Mangsa mengalami kecederaan parah pada kedua - dua lengan dan pergelangan kaki kanan akibat ditetak dengan senjata tajam.
- Penglibatan kumpulan kongsi gelap.
- Dipercayai kumpulan lelaki india dari kumpulan 35 Belakang Hospital Lama manakala mangsa dan rakan - rakan merupakan dari kumpulan Ang Moi kawasan Bakar Sampah / Batu 2.
Tindakan Polis:
Ekoran kejadian tersebut Ydh Tuan OCPD Kuala Muda telah mengarahkan buat roadblock, MPV buat rondaan dan pantau tempat India dan Cina berkumpul, anggota jenayah dan Balai Sg Petani buat perhatian dan dapatkan maklumat jika terdapat yg mengcurigakan, team URB pantau kwsn Tmn Ria Jaya dan bertindak dgn pantas sekiranya dapat maklumat.
Pihak Cawangan Khas telah menemui keluarga mangsa supaya tidak mengambil tindakan diluar undang2. Selain itu rondaan juga turut dijalankan utk memantau situasi.
** Kes disiasat oleh INSP MOHD AZLI B. YAHAYA - Pegawai penyiasat IPD KUALA MUDA. Kes disiasat dibawah Sek 326/148KK.
Ulasan:
Kejadian ini berlaku secara spontan dimana ketika mangsa dan rakan sedang minum dan makan di dalam kedai tersebut tiba - tiba telah diserang oleh sekumpulan lelaki India dengan mengunakan parang. Rakan mangsa yang lain sempat melarikan diri namun mangsa tidak sempat melarikan diri lalu ditetak dengan parang oleh beberapa orang dari kumpulam lelaki India.
Mangsa telah mendapat kecederaan yang parah pada kedua - dua lengan dan pergelangan kaki kanan akibat ditetak dengan senjata tajam parang dan telah dibawa oleh orang ramai yang kebetulan berada ditempat kejadian
Post a Comment