Satu sidang media telah diadakan sekali lagi petang tadi oleh masyarakat kaum India NIBONG TEBAL bersama wartawan berkenaan isu tidak puashati terhadap kenyataan sidang media yang diberi oleh ADUN JAWI pada 1 APR 2014 yg lalu.
30 orang kaum India telah hadir petang tadi bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kebiadaban dan ketidakadilan ADUN DAP Jawi, YB Soon Lip Chee yg semakin menjadi-jadi.
Di antara isu yg dibangkitkan:-
i) Bantuan pemberian Hemper, sumbangan kepada kuil, sumbangan kepada SJK (T) dan pembersihan kubur yang diberikan oleh ADUN JAWI adalah satu tradisi yang dilaksanakan sejak dari dulu lagi oleh kerajaan BN dan ini bukan satu pembangunan kepada masyarakat India N.TEBAL.
ii) Keluarkan senarai perbelanjaan dan surat hitam putih sebagai bukti bagi bantuan yang diberi Oleh ADUN JAWI kepada masyarakat India N.TEBAL.
iii) ADUN JAWI telah mengeluarkan kenyataan mabuk, iaitu orang mabuk juga telah pergi ke pejabat saya dan macam mana saya nak bantu??
iv) Buktikan kaum India yang pergi ke pejabat ADUN JAWI semua orang mabuk dan ini menghina masyarakat kaum India.
v) ADUN JAWI mesti mengeluarkan senarai jumlah perbelanjaan bantuan kepada kami dalam tempoh seminggu lagi.
4. Rata2 yang hadir pada sidang media ini adalah penduduk di dalam DUN N19 jawi yang majoritinya daripada kawasan Byram, Changkat, Ladang Victoria dan Taman Chendrawasih.
5. Sejak kemenangan SOON LIP CHEE dalam PRU-13 di DUN JAWI banyak masalah yang timbul khususnya tentang perkhidmatan ADUN JAWI hanya lebih masyarakat Cina sahaja; masyarakat Melayu dan India diketepikan.
6. Hadirin menyatakan jika ADUN JAWI tidak memberi penjelasaan terhadap sidang media yang menyentuh isu perkauman pada 1 APR 2014, maka tindakan menolak/memperotes ADUN JAWI akan berterusan!
Sebelum ini kerusi DUN Jawi juga disandang oleh DAP tetapi tiada luahan perasan dan tekanan seteruk ini. Fikir-fikirkanlah siapa Soon Lip Chee orang Bukit Mertajam yg tidak tahu merasai denyut nadi rakyat.
Rakyat harus tolak ADUN biadap dan tidak adil terhadap warga DUN Jawi ini.
+ comments + 1 comments
Yes very ppl who voted DAP now forgotten .Indians always voted opposition.love kapal and dia I.so what u sow u reap.get still want to vote DAP and PKR
Post a Comment