Home » » Karpal Layak Dapat Penghormatan "State Funeral" ?

Karpal Layak Dapat Penghormatan "State Funeral" ?

Written By Unknown on 19/04/2014 | 2:52 pm




TIDAK dinafikan, mendiang Karpal Singh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semalam adalah seorang pemimpin yang banyak berjasa – kalau bukan pada negara pun, sekurang-kurangnya kawasan parlimen yang pernah diwakili mendiang dan parti DAP.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad yang berseteru politik dengan Karpal sejak sekian lama pun mengakui mendiang adalah seorang ahli parlimen yang berprinsip dan berhujah dengan fakta walaupun tak semua yang pernah dihujahkannya itu betul.

Tapi setakat itu sajalah pun.

Hakikatnya, sepanjang karier mendiang sebagai ahli politik, mendiang tidak pernah sekali memegang jawatan dalam kepimpinan kerajaan, mungkin itu kerana DAP tidak pernah menjadi kerajaan sebelum 2008, tapi itu tidak penting, yang pentingnya mendiang tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Justeru, boleh dipersoalkan kelayakan mendiang untuk mendapat penghormatan ‘state funeral’ yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. ‘State funeral’ atau penghormatan terakhir negeri ini selalu yang kita tahu diberikan kepada individu mempunyai jasa luar biasa kepada negara/negeri -sama ada dari segi kepimpinan atau pengorbanan mempertahankan negara.

Contohnya mendiang Kanang a/k Langkau. Kanang sewaktu berkhidmat dengan tentera, menunjukkan tahap keberanian yang sangat luar biasa. Keberanian yang ditunjukkan Kanang menjadi rujukan generasi tentera dan anak muda selepasnya, malah masih diperkatakan sehingga sekarang.

Wajarlah dengan jasa yang besar seperti itu, penghormatan terakhir negeri Sarawak diberikan kepada Kanang bila meninggal dunia.

Berbanding dengan mendiang Karpal yang hanya menyerlah dalam politik parti DAP serta karier sebagai ahli Parlimen Jelutong serta Bukit Gelugor. Sebesar mana pun jasa mendiang dalam parti DAP atau ahli Parlimen, tidak sampai mewakili kepentingan rakyat secara keseluruhannya, kena faham betul-betul tu.

Sedangkan state funeral bermaksud penghormatan terakhir paling tinggi yang diberikan kepada pemimpin atau individu yang berjasa besar kepada negeri atau negara bila mereka meninggal dunia.

Persoalannya sekarang, adakah selepas ini DAP akan memberikan penghormatan seperti ini kepada semua ahli parlimen veteran parti tersebut yang meninggal dunia ataupun penghormatan ini hanya diberikan kepada Karpal sahaja kerana sewaktu hidupnya mendiang diketahui kuat menentangnperlaksanaan hudud.

Ini perlu dijelaskan, atau letih rakyat nanti nak menampung perbelanjaan untuk mengadakan ‘funeral state’ ini setiap kali ada ahli Parlimen veteran DAP yang meninggal dunia.

Apatah lagi rekod menunjukkan Karpal bukan satu-satunya ahli Parlimen veteran DAP, ada beberapa orang lagi yang nama mereka tak perlu nak dinyatakan disini, tapi yang pentingnya boleh tahan ramailah. Berapa banyak nak tanggung tu kalau state funeral diadakan setiap kali orang-orang ini meninggal dunia?

Begitupun suka nak dijelaskan disini, artikel ini tidak sama sekali bermaksud nak mempertikaikan mendiang Karpal. Yang buat keputusan ini bukan mendiang pun tapi orang-orang yang masih hidup. Kepada mereka inilah yang kita persoalkan kewajaran untuk memberikan penghormatan akhir negeri untuk mendiang.

Baca selanjutnya d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger