Home » » Johor ; Seorang Maut Virus Korona, 64 Penduduk Kena Kuarantin

Johor ; Seorang Maut Virus Korona, 64 Penduduk Kena Kuarantin

Written By Unknown on 18/04/2014 | 2:30 pm


Batu Pahat – Seramai 64 penduduk Kampung Bintang Laut, dekat sini, dikuarantin di rumah masing-masing sejak Rabu kerana mempunyai tanda awal Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) susulan kematian seorang penduduk akibat penyakit itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata keseluruhannya 1,000 lagi penduduk termasuk saudara mara lelaki yang meninggal itu diminta menjalani pemeriksaan di klinik dan hospital berhampiran.

“Mereka yang dikuarantin adalah sebahagian daripada 100 penduduk kampung yang menjalani pemeriksaan bagi mengesan jangkitan MERS-CoV.

“Ini kes pertama di negara ini dan kita mengambil tindakan serius dengan membuka Pusat Pemeriksaan Khas Jangkitan MERS-CoV sejak Isnin lalu bagi mengekang penyakit ini daripada merebak,” katanya.

Ahad lalu, seorang lelaki berusia 54 tahun yang baru pulang mengerjakan umrah meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Johor juga sedang mengenal pasti 12 daripada 18 jemaah yang mengerjakan umrah bersama mangsa bagi pemantauan.

Katanya, enam lagi iaitu empat dari Johor Bahru dan dua dari Kluang, sudah menjalani pemeriksaan, di mana dua daripada empat jemaah dari Johor Bahru itu dikesan mengalami tanda awal MERS-CoV dan kini dalam pemerhatian, manakala empat lagi disahkan sihat. – mStar Online
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger