Home » » Johor : Pegawai Kanan Kerajaan Lari Berbogel...

Johor : Pegawai Kanan Kerajaan Lari Berbogel...

Written By Unknown on 25/04/2014 | 10:37 am


PASIR GUDANG: Seorang pegawai kanan kerajaan berusia separuh abad berlari keluar dari bilik tidur dalam keadaan berbogel ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor(JAJ). Dalam kejadian mengaibkan itu, lelaki terbabit nekad berlari keluar dari bilik tidur tanpa seurat benang di tubuhnya sebaik pasukan penguat kuasa JAJ mengetuk pintu sebuah rumah untuk pemeriksaan.


Menurut sumber, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa JAJ bersama polis menyerbu rumah flet itu di Jalan Harmoni, Kangkar Pulai, di sini, jam 3.30 pagi Khamis lalu.


“Hasil siasatan awal, lelaki terbabit adalah pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan. Kes disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997,” katanya.




paapaada
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger