Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata, hudud sudah wujud dalam Pas sebelum penubuhan pakatan.
“Ini benda yang wujud terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan laksana hudud,” katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.
“Kita tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR, mengatakan kita tidak boleh laksana hudud,” katanya.
Seterusnya d SINI
Post a Comment