Home » » Hudud Bukan Faktor Kejayaan Pas - Kit Siang

Hudud Bukan Faktor Kejayaan Pas - Kit Siang

Written By Unknown on 25/04/2014 | 5:34 pm

Pakatan pembangkang pasti tewas di Selangor manakala Johor kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika hudud menjadi isu kontroversi rakyat Malaysia pada tahun lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, pakatan pembangkang akan turut mengalami halangan hebat di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka dalam PRU13 jika hudud menjadi isu kontroversi sewaktu pilihan raya itu berlangsung.

“Hudud bukan faktor kejayaan PAS dalam pilihan raya yang lalu. Perlu ingat kedegilan PAS meluluskan enakmen hudud Terengganu mengakibatkan DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001.

“BN kemudiannya mendapat kejayaan bersejarah pada tahun 2004 dengan memenangi 91 peratus kerusi Parlimen dan 89 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengkritik rancangan PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

Kit Siang seterusnya berkata, PAS sepatutnya terus memberi tumpuan terhadap isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan tidak mengalih perhatian daripada tujuan yang lebih besar itu. – mynewshub.my

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger