Hak berhimpun tanpa notis 10 hari yang dimansuhkan oleh Mahkamah Rayuan semalam belum muktamad kerana ia akan dirayu ke Mahkamah Persekutuan. Justeru kenyataan Naib Presiden PKR N Surendran mengatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ‘tidak bertanggungjawab ‘, ‘angkuh ‘, dan ‘mengingkari’ mahkamah kerana menegaskan bahawa mereka yang mengadakan perhimpunan awam masih perlu memberi notis 10 hari,
Surendran berkata ekoran keputusan Mahkamah Rayuan bahawa adalah tidak sah untuk menghukum mereka yang gagal berbuat demikian, maka tidak ada undang-undang untuk menguatkuasakan keperluan tersebut. Alasan mahkamah, tegas Surendran, ialah hak orang ramai untuk berhimpun secara aman tidak boleh tertakluk kepada ‘criminal sanction’.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Khalid perlu membaca penghakiman penuh sebelum membuat komen yang mengelirukan.
Masalahnya, adakah Surendran sendiri telah membaca penghakiman penuh kerana kita dimaklumkan ia hanya akan dikeluarkan pada hari isnin ini.
Surendran , yang merupakan peguam perayu dalam kes tersebut, menjawab komen Khalid mengenai Akta Perhimpunan Aman PAA ) 2012 yang disiarkan oleh The New Straits Times online hari ini.
Khalid dilaporkan berkata walaupun mahkamah telah membatalkan Seksyen 9 ( 5) PAA berkaitan hukuman kerana tidak memberi polis notis 10 hari, tetapi keperluan itu, katanya, masih kekal dalam Seksyen 9 (1) undang-undang yang sama,.
Khalid dilaporkan berkata bahawa keperluan undang-undang itu perlu dipatuhi kerana ia menyatakan bahawa notis 10 hari hendaklah dikemukakan (sebelum mengadakan sebarang perhimpunan).
Surendran berhujah bahawa tanpa Seksyen 9 (5), maka tidak ada kewajipan undang-undang untuk orang ramai memaklumkan kepada pihak polis tentang perhimpunan yang akan diadakan dan oleh itu, pemakluman tersebut adalah sukarela semata-mata.
“Pemakluman kepada pihak polis mungkin boleh membantu dari segi kawalan trafik dan logistik yang lain, dan perlu digalakkan.
Malah, katanya, adalah diharapkan kebanyakan penganjur perhimpunan besar akan terus secara sukarela memaklumkannya kepada pihak polis mengenai tarikh dan tempat perhimpunan.
Baca artikel tegur Peguam Negara sebelum ini d SINI
Post a Comment