Home » » Guan Eng Rimas Dengan Chew Mei Fun

Guan Eng Rimas Dengan Chew Mei Fun

Written By Unknown on 09/04/2014 | 8:37 pm


Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng harus menjelaskan kepada rakyat berhubung kelemahan dan penyelewengan seperti yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013.Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kegagalan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengamalkan urus tadbir yang baik telah menghina konsep keupayaan,akauntabiliti dan ketelusan (CAT) yang cuba diterapkannya.

"Saya tertanya-tanya sama ada polisi CAT masih diamalkan kerajaan negeri selepas enam tahun di bawah pimpinan Lim.Jika tidak,penyelewengan ini tidak akan berlaku," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata kerajaan negeri perlu melakukan siasatan dalaman dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan daripada mengelak penyelewengan daripada berulang.Chew yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang berkata menurut laporan Ketua Audit itu,Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang yang dimiliki Majlis Agama Islam Pulau Pinang mempunyai 27 pensyarah tanpa permit.

Beliau juga berkata kontraktor Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga gagal mematuhi kuota asas dalam pungutan sampah seperti yang tertera dalam kontrak,tetapi masih menerima bayaran bulanan berlebihan berjumlah RM1.43 juta.Sementara itu pihak pengurusan Stadium Batu Kawan telah membayar RM25,000 antara 2011 dan 2012 untuk 31 projek tanpa mengeluarkan resit,katanya.

Laporan Audit Pulau Pinang menyerlahkan sikap hipokrit DAP dalam memperjuangkan alam sekitar apabila merekodkan kelemahan MPPP dalam menguruskan pelupusan sisa pepejal yang menjadi penyumbang kepada penyakit berjangkit. Laporan statistik demam denggi, cirit-birit dan malaria dari Jab. Kesihatan Pulau Pinang mengesahkan kebimbangan ini dimana negeri itu mencatatkan bilangan kes tertinggi bagi ketiga-tiga penyakit itu. Analisis Audit juga mendapati bagi tempoh Julai 2012 hingga Jun 2013,pungutan sisa pepejal oleh kesemua tujuh kontraktor yang dilantik tidak mencapai berat minimum sisa pepejal seperti yang ditetapkan dalam kontrak.

Peratus kekurangan berat sisa pepejal bagi tujuh kontraktor ialah antara 2.8 hingga 40.1 peratus yang melibatkan jumlah perbelanjaan kepada MPPP sebanyak RM3.83 juta.Berdasarkan maklum balas MPPP pada 21 Jan 2014,bayaran yang ditetapkan kepada perkhidmatan kontrak itu dibuat secara ‘lump sum’ sekali gus menimbulkan persoalan mengenai ‘ketelusan’ dalam isu ini.‘Kredibiliti’ turut menjadi persoalan dalam Audit Pulau Pinang di mana pengurusan aktiviti Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (Kitab) oleh sebuah syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,Usaha Tarbiah (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (UTSB) didapati kurang memuaskan berikutan beberapa kelemahan termasuk menggaji pensyarah yang tidak mempunyai permit mengajar.

Menurut Ketua Audit Negara, semakan yang dijalankan antara Mac hingga Jun tahun lalu turut mendapati hanya tiga daripada lima program pengajian diploma yang ditawarkan Kitab mendapat akreditasi sementara daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) manakala permohonan belum dibuat bagi mendapatkan akreditasi bagi tiga program ijazah

Mungkinkah kerajaan negeri tidak mengambil peduli tentang UTSB kerana ia melibatkan umat Islam semata-mata ???

Pulau Pinang juga merekodkan kelemahan dalam pengurusan Stadium Batu Kawan yang mana hanya 35 dari 49 CCTV didapati tidak berfungsi.Selain itu alat pemadam api juga dikhuatiri bermasalah kerana telah luput tarikh. Kerosakan ini berlaku akibat kebocoran air di stadium tersebut dan walaupun laporan telah dibuat pada tahun 2009, sehingga kini masih lagi tiada tindakan diambil bagi menangani kerosakan.Tahap kebersihan stadium juga telah didapati tidak memuaskan walaupun pembayaran penuh dibuat kepada kontraktor pembersihan.Biarpun perkara ini dianggap kecil dan tidak membawa kesan signifikan kepada kewangan negeri, namun ia sudah cukup untuk dijadikan contoh sikap kerajaan DAP dalam menangani isu-isu yang dekat dengan rakyat.

Seperti yang kita tahu, DAP begitu sibuk membuat keuntungan serta membuka peluang kepada para pemaju dan peniaga untuk meneroka Pulau Pinang. Mungkin kerana itu, isu-isu mengenai UTSB,Stadium dan penyakit berjangkit di kalangan rakyat dilihat sebagai isu remeh dan tidak wajar diberi perhatian.Kerana begitu tamak mengejar keuntungan juga maka DAP telah bertindak kejam menghalau dan merampas perniagaan kecil-kecilan rakyat marhaen di sekitar Pulau Pinang.

Hakikatnya,pembangkang tidak mampu menjadi kerajaan yang baik atau lebih baik dari BN. Pengurusan kewangan oleh pembangkang tidaklah sebaik mana,malah persoalan mengenai rasuah dalam negeri yang diperintah mereka juga cukup banyak.Bagaimanapun,kecekapan mereka memanipulasi fakta memungkinkan segala ketirisan tertutup rapi.Apa yang pasti,sehingga kini,pembangkang hanya meraih ‘untung’ daripada asas ekonomi yang kukuh yang telah dibina oleh BN.Tanpa asas sedia ada,pembangkang tidak mungkin mampu membangunkan satu negeri pun. Buktinya ialah negeri Kelantan,di mana sehingga kini masih lagi berada dua dekad jauh ke belakang berbanding negeri-negeri lain.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger