Meskipun pipi kanannya ditembusi besi penutup longkang yang terjungkit sebaik dipijak, namun murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart, Huguan Isaac, 10, tetap tidak menitiskan air mata meskipun menahan kesakitan ketika sepasukan anggota penyelamat mengeluarkan besi terbabit.
Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari di luar sekolah berkenaan, mangsa dikatakan bermain bersama rakannya sebaik selesai sesi persekolahan sebelum seorang daripada mereka terpijak penutup longkang berjalur besi menyebabkan satu batang besi terjungkit.
Pada masa sama, mangsa dikatakan sedang melintasi longkang berkenaan sebelum besi sepanjang lebih satu meter itu tertusuk menembusi pipinya.
Keadaan itu menyebabkan murid yang melihat kejadian berkenaan menjerit ketakutan sebelum beberapa ibu bapa yang kebetulan berada di situ memaklumkan kepada pihak sekolah.
Post a Comment