Bagi pihak pakatan rakyat sudah pasti mereka tidak akan bersetuju dengan laporan dari NGO menyatakan Pulau Pinang sebagai persundalan terunggul dinegara ini.
Mana mungkin ia pusat persundalan. Bukankah regim DAP mahukan rakyat Pulau Pinang sihat dan ceria maka rumah rumah urut adalah salah satu kesihatan.
Pisau ambil contoh di Parlimen Bagan yang ahli parlimennya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.Majlis Perbandaran Seberang Perai sudah pasti menyokong penuh dengan kewujudan rumah rumah urut. Bukan saja menjana pendapatan malah rakyat disekitar parlimen Bagan sudah pasti sihat sihat belaka tanpa mengalami masaalah sengal sengal badan.
Regim DAP memang menyokong penuh dengan aktiviti sebegini,jika tidak masakan dibiar perniagaan ini berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan..
Mungkin pada pandangan para penyokong pakatan terutamanya melayu melayu Pulau Pinang tidak bersetuju dengan Adun Umno yang persoalkan kewujudan rumah rumah urut seperti didalam gambar ini.
Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan berhubung laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini ‘bandar seks’ berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks.Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata, semua pihak terutama rakyat negeri ini mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu berikutan laporan itu memberi imej buruk kepada Pulau Pinang.
”Umno mahu Guan Eng beri penjelasan mengenai perkara itu dan jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan bangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bulan depan.
”Laporan itu bukan sahaja memberi imej buruk malah menunjukkan pihak berkuasa tempatan tidak buat kerja mereka kerana saya difahamkan 200 premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai lesen dan bagaimana perkara itu boleh terjadi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care (IMFC), di Dewan Sungai Dua, di sini hari ini.
sumber
Post a Comment