Home » » Foto Raja Bomoh Uganda Tangkap Buaya Baham 4 Mangsa !!

Foto Raja Bomoh Uganda Tangkap Buaya Baham 4 Mangsa !!

Written By Unknown on 03/04/2014 | 11:28 am

Buaya

KAMPALA – Seekor buaya yang telah membaham empat orang di daerah Jinja dan Mayuge, tebing Tasik Victoria kini ditangkap oleh anggota-anggota Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda (UWA) pada 31 Mac lalu selepas haiwan itu diburu selama empat hari di Jinja.

Pegawai UWA, Sulani Tumanya berkata, buaya berusia 80 tahun itu mempunyai berat sekitar 1,000 kilogram (kg).

Berat tersebut cuma 47kg kurang daripada buaya paling berat di dunia, Lolong.

Petugas-petugas UWA dan penduduk setempat memburu reptilia pembunuh itu di sepanjang Tasik Victoria.

Lolong merupakan spesies buaya air masin dari Filipina seberat satu tan dengan panjang 6.4 meter.

Buaya itu mati pada 10 Februari 2013 pada usia 50 tahun kerana penyakit misteri di kurungan di bandar Bunawan selepas 17 bulan ditangkap di sebuah teluk kecil oleh para pemburu haiwan tersebut selepas ia dipercayai membaham seorang nelayan.

“Orang ramai merayu kepada UWA agar menjejaki buaya itu ekoran kematian seorang penduduk bandar Kakira dalam daerah Jinja,” kata Tumanya.

Menurutnya, haiwan ganas itu yang diperangkap menggunakan umpan daging dan sebilah cangkuk empat hari lalu akan dipindahkan ke Taman Negara Jeram Murchison. – Agensi
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger