Home » » Foto-Foto Penumpang & Pesawat MAS MH 192 Selamat Mendarat di KLIA !

Foto-Foto Penumpang & Pesawat MAS MH 192 Selamat Mendarat di KLIA !

Written By Unknown on 21/04/2014 | 1:49 pm

Pesawat MH192 yang dalam penerbangan ke Bangalore, India malam tadi terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas, menurut kenyataan Malaysian Airlines (MAS).


Pesawat dengan 159 penumpang dan 7 anak kapal itu yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam tadi, selamat mendarat pada jam 1.56 pagi tadi.


"Kapten segera dimaklumkan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Malaysia Airlines pada jam 10:25 malam.


"Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines, pesawat berkenaan dikehendaki berpatah balik ke KLIA," menurut kenyataan itu.


Penerbangan MH192 dijadual semula pada 3.30 petang ini dan akan tiba di Bangalore pada jam 5.00 petang nanti.












Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger