Tersentuh hati apabila melihat masih lagi wujud orang yang sungguh baik hati seperti ini. Dalam dunia yang sering mengejar mata wang dan kehendak pekerjaan, memang ternyata sukar untuk melihat orang ataupun diri sendiri terhenti sebentar untuk fikir atau bantu orang lain.
Baru-baru ini telah tersebar di laman Twitter, gambar seorang pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang sedang menjalankan tugas dalam pesawat namun mengambil masa untuk membantu salah seorang penumpang warga emas dalam pesawat tersebut.
Kalau kita jadi pramugari, mesti hidang makanan lepas itu sambung balik kerja. Sebab mesti ramai lagi penumpang yang perlu dilayan.
Namun tidak bagi pramugari yang kami tidak sempat menangkap nama beliau ini.
Malah beliau siap tolong suapkan penumpang warga emas tersebut. Alangkah murninya hati beliau. Semoga tindakan pramugari tersebut menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua. Biarpun tidak mengenali siapa penumpang tersebut, cuba bayangkan seandainya ibu bapa sendiri menaiki pesawat ketika sudah berusia. Sudah tentu anda mahu seseorang membantu mereka bukan?
Baca juga d SINI
Post a Comment