Home » » Ekspedisi Greenland Di Tunda Hari Ini Kerana Penerbangan Batal

Ekspedisi Greenland Di Tunda Hari Ini Kerana Penerbangan Batal

Written By Unknown on 24/04/2014 | 12:11 am

Selepas selesai melakukan persiapan terakhir di Iceland, lapan penjelajah yang terbabit dalam Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Malaysia Felda Greenland 2014 sepatutnya kini berada di Greenland untuk memulakan ekspedisi.

Bagaimanapun, perancangan awal ini terpaksa ditunda disebabkan penerbangan ke negara itu dari Iceland terpaksa dibatalkan.

Menurut Penasihat Kembara Greenland 2014, Datuk Akmar Hisham Mokhles, landasan menjadi sangat licin disebabkan ais mencair di Lapangan Terbang di Kulusuk, Greendland.

“Landasan menjadi sangat licin, kita tak mahu ambil risiko daripada segi pendaratan. Bagaimanapun ini salah satu cabaran yang sudah diduga sejak awal,” katanya kepada Mynewshub.my.

Tegas Akmar, penjelajahan ini bagaimana pun akan tetap berjalan seperti mana dirancang.

Misi merentasi pulau ais terbesar di dunia ini bakal dijayakan oleh lapan peserta iaitu Yanizam Mohamad Supiah, Abdul Rahman Abu Hassan, Tahira Najmunisaa Mohd Zaid, Shaiful Hisyam Abd Aziz, Mohd Akasyah Jamaludin, Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, Muhd Hafizuddin Abdul Mutalib dan Muhammad Musaddiq Samsudin.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger