Home » , » Dong Zong Berantakan?

Dong Zong Berantakan?

Written By Unknown on 21/04/2014 | 9:00 pm

 
Akhbar China Press dan Sin Chew Jit Poh hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong, iaitu Bock Tai Hee, mengenai pergolakan di dalam Dong Zong yang dikatakan semakin serius. Bock Tai Hee menyeru agar Presiden Dong Zong, iaitu Yap Sin Tian agar menangani isu itu sebaik mungkin agar pertubuhan itu terus mendapat sokongan kaum Cina.

Menurut Tai Hee, Dong Zong kini berpecah kepada pasukan A dan B. Bagaimanapun, kenyataan tersebut telah disangkal oleh Timbalan Presidennya, Chow Siew Hong.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap perpecahan di dalam Dong Zong memandangkan berita mengenainya hanya disiarkan di akhbar berbahasa Cina. Inilah antara ‘hak keistimewaan’ kaum Cina di negara ini di mana mereka mempunyai akhbar

berbahasa ibunda sendiri yang berpeluang menulis apa saja termasuk perkara sensitif serta menutup atau mengecilkan sesuatu isu agar tidak ‘heboh’ di kalangan bangsa lain.

Masyarakat Cina di Malaysia sering menjadikan isu pendidikan sebagai isu utama. Namun, matlamat akhir mereka nampaknya turut berbeza-beza yang mana secara tak langsung membentuk pasukan A dan B yang diperkatakan oleh Tai Hee:

Satu kumpulan ingin menjadikan budaya dan bahasa Cina sebagai teras atau teraju utama pembangunan negara dengan bermula dari sekolah sehingga ke universiti dan alam pekerjaan. Manakala, satu kumpulan lagi hanya ingin menggunakan alasan ‘pendidikan Cina’ bagi mengukuhkan sokongan kaum itu dalam usaha ke arah Ketuanan Cina yang berpegang kepada fahaman liberal ala Singapura.

Walaupun kedua-dua pasukan mempunyai matlamat yang sedikit berbeza namun, kedua-duanya tetap berdiri atas satu platform yang sama iaitu platform ‘perkauman’. Kedua-duanya juga tidak punya semangat patriotik serta menolak identiti dan aspirasi negara.

Selain matlamat yang berbeza, terdapat juga perbezaan pendapat dari segi pendekatan dalam perjuangan. Selama ini, Dong Zong (Gabungan Jawatankuasa Persatuan Sekolah Cina) dan Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina) sering bergerak di bawah satu payung iaitu Dong Jiao Zong.

Bagaimanapun dalam memperkatakan tentang Sistem Pendidikan Nasional, Dong Zong memilih cara keras dengan berdemonstrasi dan menutup ruang perbincangan tetapi Jiao Zong lebih berlembut dan memilih untuk meneruskan perbincangan dengan pihak kerajaan.

Akibatnya, Dong Zong menuduh Jiao Zong sebagai ‘takut’ digelar ekstrem apabila enggan turut serta dalam perhimpunan tunjuk perasaan. Jiao Zong pula menuduh

Dong Zong tersasar dari hala tuju kerjasama antara mereka apabila mengadakan perhimpunan tanpa berbincang dengan mereka dan juga persatuan Cina yang lain yang memegang amanah, terutama Hua Zong.

Hua Zong sebelum ini telah menjauhkan diri dari Dong Zong apabila Dong Zong memilih untuk memandang sepi akan kelulusan kementerian pendidikan terhadap Sekolah Tinggi China Kuantan bagi menawarkan peperiksaan mengikut sistem kebangsaan ataupun Unified Examination Certificate (UEC) yang menggunakan silabus berbeza dalam bahasa Cina.

Nampaknya, di kalangan masyarakat Cina sendiri ada yang kurang senang dengan sikap ekstrem sekumpulan dari mereka yang bergerak di atas nama Dong Zong ini.

Ramai yang memperkatakan mengenai kelemahan sistem pendidikan di Malaysia dan masyarakat Cina, khasnya, merupakan pihak yang paling lantang mengkritik perkara ini sama ada melalui NGO, mahupun melalui parti politik iaitu DAP.

Kita tidak menafikan bahawa terdapat begitu banyak kelemahan dalam sistem
pendidikan nasional, namun perjuangan untuk memperkasakan pendidikan Cina
bukanlah jawapan kepada masalah ini.

Malangnya, tidak kira Jiao Zong atau Hua Zong, apatah lagi Dong Zong, semuanya enggan mengambil sikap jujur dalam hal ini. Mereka bukannya ingin memperbaiki sistem pendidikan negara tetapi sekadar ingin bertaut dan menggenggam kemas akar kelahiran nenek moyang mereka.

Tidak ada satu pun dari NGO Cina ini yang ingin kembali kepada aspirasi negara. Lembut atau kasarnya perjuangan mereka, tujuan mereka sama sahaja iaitu menghapuskan identiti negara yang berasaskan budaya penduduk asal.

Justeru, perpecahan antara mereka tidak membawa apa-apa beza dalam konteks hala tuju negara ini melainkan berkisar mengenai kepentingan kaum Cina semata-mata.

Hakikatnya, jika benar masyarakat Cina inginkan sistem pendidikan yang lebih baik, maka kecelaruan dan kelemahan dalam sistem pendidikan nasional perlu diatasi bersama-sama, bukannya dengan mengasingkan terus pendidikan anak-anak Cina daripada arus perdana.

NGO pendidikan Cina harus mengambil sikap rasional dan kembali kepada realiti hidup di Malaysia. Kedegilan dan sifat rasis Cina tidak akan membawa kebaikan kepada sesiapa, sama ada kepada anak-anak Cina atau kepada negara. Malah, kedegilan dan sifat rasis itu akan memusnahkan segala-galanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger