Home » » DEmo Anti GST : Puok Kera Ni Pilih "Cetuskan Huru Hara" ?

DEmo Anti GST : Puok Kera Ni Pilih "Cetuskan Huru Hara" ?

Written By Unknown on 27/04/2014 | 8:00 am


Polis bukan tidak membenarkan mereka mengadakan perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Polis hanya meminta penganjur perhimpunan mengadakan di Padang Merbuk atau di Stadium Merdeka daripada perancangan asal di Dataran Merdeka.

Mereka juga tahu bahawa Polis tidak akan membenarkan pehimpunan seumpama ini diadakan di Dataran Merdeka. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertanggungjawab ke atas Dataran Merdeka juga tidak akan memberi kebenaran. Ini kerana telah beberapa kali perhimpunan seumpama ini diadakan Dataran Merdeka kekal kawasan larangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penganjur perlu mengambil kira banyak isu keselamatan dan ketenteraman awam di bandar raya ini sebelum meneruskan perhimpunan itu di Dataran Merdeka.

“Kita khuatir jika diteruskan di situ, ia akan mendatangkan ketegangan dan mengganggu keselesaan orang awam.

“Lagi pula buat masa ini, Dataran Merdeka tidak boleh digunakan kerana masih menjalani proses menaik taraf padang dan tidak sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti memandangkan terdapat mesin dan bahan binaan seperti besi dan kayu-kayan di sekeliling padang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata pihaknya pernah mengadakan mesyuarat bersama penganjur perhimpunan, yang dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S.Arutchelvam, berhubung perkara itu.

“Mereka kata hanya akan dapat bagitahu keputusan (pindah lokasi) Isnin ini selepas berbincang dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu), namun kita berharap mereka bersetuju dan kemudian mengadakan perhimpunan itu di Padang Merbok atau Stadium Merdeka,” katanya.

Zainuddin turut menjangkakan kesesakan jalan raya di Jalan Raja, Jalan Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut pada hari perhimpunan.

Malangnya kumpulan ini tetap mahu mengadakan di Dataran Merdeka untuk mencetuskan kekacauan. Jika tidak berlaku kekecohan tiada makna demontrasi mereka.

Mereka boleh merancang dari awal untuk mengadakannya di Padang Merbuk atau Stadium Merdeka. Bukannya jauh pun, tidak sampai 1 KM dari Dataran Merdeka . Namun mereka tetap mahu mengadakannya di Dataran Merdeka supaya mereka boleh menganggu lalu lintas dan perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India.

Mereka sengaja mahu menentang apa sahaja keputusan Polis kerana mahu mencetuskan kekacauan.

Baca juga d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger