Home » , » Cucu Karpal Ingin Jadi Harimau Ke-2 ; Politik Anak Beranak Mula Membiak ?

Cucu Karpal Ingin Jadi Harimau Ke-2 ; Politik Anak Beranak Mula Membiak ?

Written By Unknown on 21/04/2014 | 1:08 am



HARI ini orang ramai berkumpul memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh, yang meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya Khamis lepas.

Dalam suasana suram dan sedih ini, cucu sulung Harimau Jelutong, Akhshay Singh Deo, 11 tahun, telah bersumpah ingin menjadi seorang peguam yang berani dan berdedikasi seperti datuk beliau.

“Saya ingin jadi Harimau Jelutong seterusnya!” kata Akhshay, ketika ditanyakan Malaysian Insider sekiranya ingin mengikut jejak langkah datuk beliau dan menjadi seorang peguam yang pertahankan mereka yang ditindas.

Akhshay merupakan anak sulung kepada Jagdeep Singh Deo, anak sulung Karpal Singh, seorang penggubal undang-undang negeri Pulau Pinang.

Kanak-kanak ini turut kongsikan sebuah mimpi bersama datuk beliau yang dialami sebelum mendapat tahu khabar berita bahawa datuk beliau meninggal dunia. Dalam mimpi tersebut, Akhshay bermain bersama datuk beliau di tepi pantai. – MyLaunchPad

Aakj ; emmmm macam-macam ceritalah yang akan keluar nanti..mimpi itulah..ngigau inilah..dapat petandalah...emm yang paling tak leh belah..dapat amanah bahawa dia pernah bagitau saya bahawa sayalah bakal penggantinya..orang lain tak boleh harap..hahahha..pui !

Harap-harap semua yang aakj tulis tu tak de la kot...hahahah opsss mimpi apa aku ni tulis begini...
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger