Home » » Budak Menyusup Masuk Pesawat Guna Laluan Tayar

Budak Menyusup Masuk Pesawat Guna Laluan Tayar

Written By Unknown on 21/04/2014 | 6:57 pm

HONOLULU: Seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang menyorok di bahagian roda pesawat dari California ke Hawaii, selamat biarpun melalui separuh perjalanan merentasi Lautan Pasifik dalam suhu rendah pada ketinggian 11,500 meter dan kekurangan oksigen, menurut FBI. 

Jurucakap FBI di Honolulu, Tom Simon berkata budak lelaki itu disoal siasat selepas ditemui di kawasan landasan lapangan terbang Maui tanpa pengenalan diri. 

Simon berkata, rakaman kamera keselamatan di lapangan terbang di San Jose mengesahkan budak lelaki berkenaan memanjat pagar untuk memasuki pesawat Hawaiian Airlines, Flight 45 pada pagi semalam. 

Katanya, budak lelaki berkenaan melarikan diri daripada keluarganya. 

“Budak itu tidak akan didakwa dan akan diserahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak,” katanya. –

Foto budak di mynewshub

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger