Amerika Syarikat – Sebuah bar di New York, Mother’s Ruin dikecam hebat kerana tidak sensitif selepas menyediakan hidangan yang dinamakan sempena pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak sebulan lalu.
Minuman Flight 370 itu diletakkan dalam senarai minuman keras minggu lalu, tidak lama selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
“Kami menukar minuman setiap hari. Kami menambah satu minuman (Flight 370) ke dalam menu pada setiap Isnin,’’ kata pelayannya.
Minuman berharga $13 itu mengandungi campuran gin, lemon dan anggur.
Mother’s Ruin dibuka pada 2011 oleh TJ Lynch serta Richard Knapp dan ia popular di kawasan Nolita.
Jurucakap bar itu bagaimanapun tidak dapat dihubungi.
Post a Comment