Home » , » Antara Air Lombong, Air Najis & Air Liur !!

Antara Air Lombong, Air Najis & Air Liur !!

Written By Unknown on 27/04/2014 | 10:00 am


Bodoh..memang bangang..nak tumpang tak leh..tak ajar payah..semuanya kerana nafsu politik iblis menguasai diri !!

Solusi atau penyelesaian tentang air rawat untuk kegunaan rakyat dah lama ada..malah cadangan untuk atasi masalah air d Selangor ni buat lama dah..sejak zaman BN memerintah lagi..namun bila saja kera mendapat bunga taik ayam..hanya kuasa dan kaut harta saja ada depan mata..amanah untuk menjaga rakyat entah hilan kemana..ke jamban may be..

Aakj tak reti sangat bab jenis air ni..bukannya kita pakar bab ni..kita belajar pun bab lain masa d sekolah dulu..cuma taklah bodoh sangat tentang beza antara air yang ada d bumi Allah ini.

Pensyarah Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Mohd Jamil Maah berkata :

"Air dari lombong tinggal tidak sesuai dijadikan air minum kerana mengandungi kandungan logam berat yang tinggi dan membahayakan kesihatan pengguna "

Selain itu, air lombong juga mengandungi bakteria dan mikroorganisma yang mungkin mengancam kesihatan manusia.

"Apabila aktiviti pelombongan dilaksanakan, tanah dikorek sehingga beratus meter dalamnya dan ini mendedahkan pengguna kepada berbagai mineral lain terutamanya logam berat antaranya plumbum, kromium, arsenik dan merkuri," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar yang dilapor berkata kerajaan negeri itu akan menggunakan air dari bekas lombong bagi menampung keperluan di Lembah Klang pada masa akan datang.

Dr Zaini yang juga Naib Canselor serta Profesor Pelestarian Air di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengulangi cadangannya berhubung penubuhan satu panel bebas yang terdiri daripada pakar dalam dan luar negara yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak dengan segala hasil kajian dan cadangan panel perlu dipersetujui semua pihak.

Air mentah dari bekas lombong tidak sesuai dijadikan bekalan air kerana cukup berisiko kepada masalah kesihatan awam, terutama boleh menyebabkan penyakit kulit.

“Walaupun boleh dirawat, ia membabitkan kos yang besar selain negara masih belum mempunyai kemudahan berkenaan dan belum bersedia menanganinya,” 

“Jika benar ingin menggunakan air bawah tanah, ia perlu dilakukan dari sekarang. Takkan mahu tunggu krisis air baru mahu korek lubang sedangkan krisis bekalan air di Lembah Klang kini berada pada tahap maksimum,” katanya.

Beliau melihat tindakan Kerajaan Selangor itu hanya cuba menjadikan isu air sebagai isu politik serta menafikan pendapat pakar yang membuat unjuran mengenai krisis air di Lembah Klang pada 2014 yang membabitkan kajian bernilai jutaan ringgit, mengambil kira semua aspek dan tidak dipengaruhi sentimen politik.

Cu pikir..ada beza tak kandungan Air Najis dengan Air Lombong ? 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger