Home » » AIR : MP Pakatan Haram Terus Serang Khalid

AIR : MP Pakatan Haram Terus Serang Khalid

Written By Unknown on 28/04/2014 | 4:18 pm

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mendakwa terpaksa ‘mandi kerbau’ apabila berada di Selangor, tidak akan berganjak daripada pendiriannya menyerang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung krisis air di negeri itu.

“Saya sudah katakan apa yang perlu dan saya pertahankan pendirian saya. Ambil atau lepaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kritikan orang ramai terhadapnya selepas memuat naik status di laman Facebook yang menggesa supaya Abdul Khalid meletak jawatan.

Sehingga Ahad, status berkenaan menerima 80 ‘likes’.

Menerusi statusnya, Ooi berkata walaupun beliau tinggal di kawasannya di sini, beliau turut mempunyai rumah di Subang Jaya dan selalu kembali ke sana setiap dua minggu.

Katanya keadaan krisis air di Selangor menyebabkan beliau terpaksa ‘mandi kerbau’ iaitu merujuk kepada catuan air di negeri itu

Suara.tv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger