Pengerusi Persatuan Gerakan Kesedaran Sivil Malaysia (CAMM), Jenice Lee mempersoalkan prestasi ADUN Teratai, Tiew Way Keng semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.
Malah, Jenice yang juga bekas ADUN Teratai itu berkata sikap Tiew Way Keng yang tidak membuat sebarang persediaan, kajian mendalam serta tidak boleh berbahasa dengan baik juga turut menimbulkan keraguan kepadanya.
Jenice berkata ini kerana Pengerusi DAP, Tan Kok Wai sebelum ini mendakwa Way Keng sebagai pilihan yang terbaik.
“Seorang wakil rakyat sepatutnya boleh membaca dengan betul dan seharusnya mereka melakukan persediaan yang maksimum,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Taman Muda, Ampang di sini hari ini.
“Apa yang saya nampak, beliau (Way Keng) langsung tidak membuat sebarang persediaan, beliau hanya masuk ke dewan, berdiri dan cakap perkara yang langsung tidak munasabah,” katanya.
Menurut Jenice, prestasi Tiew Way Keng yang dilihat sangat mengecewakan semasa sidang Dewan Selangor baru-baru ini seharusnya diberi perhatian serius memandangkan beliau menjadi wakil penduduk mengenai permasalahan mereka untuk dibahaskan di peringkat lebih tinggi.
Selain itu, beliau juga menyifatkan pembangkang di Selangor sebagai lemah ekoran dari tiada sebarang aduan dibuat berkenaan tahap prestasi Tiew Way Keng yang jelas sangat mengecewakan.
Katanya, pembangkang di Selangor juga dilihat seolah-olah tidak berkredibiliti serta memandang serius isu berkenaan sekali gus menjadikan ia salah satu usul dalam mesyuarat Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.
“Saya lihat sikap pembangkang di Selangor sangat lemah. Isu yang saya cuba sampaikan ini adalah isu yang sangat besar, namun tiada seorang pun yang mempedulikannya.
“Sidang dewan yang berlangsung selama 10 hari itu sepatutnya ada yang peka tentang ketidaksediaan ADUN Teratai ini kerana itu adalah kerja pembangkang, namun mereka memilih untuk terus membisu,” katanya.
Suara.tv
Post a Comment