Home » » ABIM Takut Dengan Anwar

ABIM Takut Dengan Anwar

Written By Unknown on 24/04/2014 | 6:43 pm

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mungkin satu nama besar dalam gerakan Islam di malaysia suatu ketika dahulu. Ini ketika mereka Menumpukan lebih banyak kepada kegiatan dakwah kepada bukan Islam di pedalaman (outreach program) dan mengambil bahagian dalam perbahasan-perbahasan peringkat nasional sebagai gerakan Islam sederhana.

Namun sejak Anwar Ibrahim dioecat daripada UMNO dan hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri, gerakan ini kelihatan terikat kepada ketaksuban kepada bekas Presidennya yang seorang ini. Biarpun sebahagian penggerak ini adalah golongan muda yang tidak mengenali nama Anwar dengan dekat, namun mitos perjuangan Anwar dalam gerakan Islam itu menjadi satu “tangkal” kesetiaan membuta tuli.

Hari ini nama ABIM sekadar seperti kereta lama yang sudah hilang ditelan zaman, sekali-sekal muncul ditengah jalan raya menganggu kelancaran perjalanan orang lain.

Justeru itu,apabila Presiden ABIM mahu bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bertaubat ekoran kritikan terbarunya berkaitan hudud dan kenyataan-kenyataan sinisnya terhadap undang-undang itu sebelum ini ia sekadar satu “lelucon” politik yang bercampur dengan nafsu agama.

Presiden ABIM Amidi Abdul Manan (kiri) berkata, kritikan Mahathir yang menolak perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan sepatutnya tidak dilakukannya sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani.

“Jika sebelum ini sindiran seperti ‘kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan’ dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah SAW,”

Maka kita ingin bertanya Presiden ABIM, di mana dan dalam konteks apa ucapan tersebut diucapkan oleh Tun Mahathir Mohamad? Sebagai Prseiden sebuah badan berteraskan Islam, sebelum bercakap hal-hal kompleks mengenai Islam, perkara fundemental dalam Islam yang antara lain jangan bercakap bohong, fitnah dan menipu harus diutamakan.

Justeru, Amidi Abdul Manan perlu mengemukakan bukti jelas bahawa Tun Mahathir berkata sedemikian atau beliau sekadar satu lagi contoh cendekiawan (jika boleh dipanggil cendekiawan) Islam yang bertaraf sampah sahaja pada masa sekarang.

Dr Mahathir dalam sidang media Khamis lalu berkata kerajaan Kelantan harus berfikir mendalam sebelum melaksanakan hudud kerana prinsip asas yang perlu ditekankan adalah keadilan.

Beliau berkata kerajaan Kelantan dilihat lebih memberi penekanan kepada hukuman dalam percubaan mereka untuk mengamalkan undang-undang itu.

“Dalam Islam, prinsip yang paling utama adalah keadilan dan terdapat 43 ayat al-Quran yang menyebut jika menghukum, hukumlah dengan adil. Jika sesuatu itu tidak adil, kita tidak boleh menghukum.

“Negara kita ada orang Islam dan bukan Islam. Jika mencuri, orang Islam kena potong tangan dan orang bukan Islam mencuri kena penjara, adil atau tidak?” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada sesi meja bulat “Managing Rising Costs in the Current Business Environment”.

Sehubungan itu, Dr Mahathir (kanan) berpendapat cara pelaksanaan undang-undang itu harus diteliti sebaik-baiknya dan tidak hanya dilakukan atas dasar “keghairahan untuk menghukum”.

Amidi membalas, keindahan hukum Islam terletak kepada proses perbicaraan, pembuktian dan urus tadbirnya.

“Kenyataan Dr Mahathir yang menumpukan kepada hukuman boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap hukum hudud,” katanya.

Amidi berkata walaupun ABIM menyanjung usaha Dr Mahathir mengangkat martabat Islam, memberi pandangan tanpa merujuk ilmu dan sumber hukum yang tepat tidak sepatutnya dilakukan.

“Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim apatah lagi sebagai pemimpin adalah bersikap adil termasuk memberi gambaran yang benar terhadap hukum Islam,” katanya.

Apa yang anehnya, adakah sesiapa yang mendengar ABIM menyanggah atau menegur Anwar Ibrahim yang sampau hari ini tidak memberi komitmen kepada draf Hudud Pas? Adakah ABIM menegur rakan mereka Saifuddin Nasution yang berkata Hudud tidak akan dilaksanakan kerana ia bukan agenda Pakatan?

Hakikatnya ABIM hanya berani dengan Tun Mahahtir tetapi menikus dengan Anwar Ibrahim. Apakah sebabnya? Taksub atau ada perhubungan sulit antara ABIM dan Anwar Ibrahim dari segi kewangan dan tajaan?

Mykmu

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger