Home » » 680 Akaun “Jahat” Berkaitan MH370 Dikesan Di Internet

680 Akaun “Jahat” Berkaitan MH370 Dikesan Di Internet

Written By Unknown on 09/04/2014 | 9:00 am

www.mynewshub.my

Sejak penerbangan MH370 hilang, media sosial meledak dengan pelbagai spekulasi mengenai di mana ia mungkin berada.

Namun, di sebalik ledakan itu, wujud aspek yang sangat buruk apabila timbulnya akaun-akaun phishing (akaun yang nampak menyakinkan tetapi hanya berhasrat untuk mendapatkan malumat sulit pengguna internet dengan kaedah penipuan dan perdaya) dan trolling (untuk mewujudkan kontroversi dalam talian).

Menurut laporan Forbes yang memetik kenyataan Nexgate, firma yang menyediakan perkhidmatan keselamatan sosial dan pematuhan, sebanyak 680 akaun phishing dan trolling dikesan setakat ini.

Sebelum ini, hanya sekitar 50 akaun sahaja yang wujud tetapi ia mula meningkat dalam tempoh beberapa minggu ini.

Akaun-akaun jenis itu dikesan wujud di Facebook, Twitter dan Pinterest.

Justeru itu, berhati-hatilah dengan maklumat diri anda ketika berbincang mengenai MH370 di media-media sosial kerana mungkin ada pihak yang sedang mengambil kesempatan ke atas diri anda dari segi yang anda mungkin anda tidak dapat kesan atau perasan.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger