Home » » 1000 Bangsa Cina Malaysia Koyak Pasport ; "Saya Sudah Mufarakah Dengan Zahid Hamidi..."

1000 Bangsa Cina Malaysia Koyak Pasport ; "Saya Sudah Mufarakah Dengan Zahid Hamidi..."

Written By Unknown on 12/04/2014 | 5:38 pm



Aakj ; Klik d SINI juga

Saya sudah mufarakah dengan DS Ahmad Zahid Hamidi kira-kira 4 bulan lalu. Beliau tidak kenal saya, dan saya pun tidak pernah berjumpa dengan beliau mahu pun para pegawainya.

Namun saya hormati sikap belas ihsan beliau untuk memberi pertimbangan "Pass Residence" kepada sekumpulan bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi manusia tanpa warganegara.

Sungguhpun DILAPORKAN mereka pernah mengoyak pasport Malaysia dalam usaha mendapatkan kerakyatan UK ia bukan bermakna mereka mengkhianati negara dalam bentuk "treason".


Mereka dimaklumkan bahawa permohonan kerakyatan UK mereka hanya akan dipertimbangkan jika mereka melepaskan kerakyatan Malaysia.

Ahmad Zahid dituduh menjual maruah Melayu. Bagaimanakah seorang Menteri Melayu melakukan belas ihsan kepada sekumpulan bekas warganegara ini dari kaum lain dianggap menjatuhkan maruah Melayu? Bukankah ia menunjuk sikap Melayu yang besar jiwa raganya?

Manakah menjatuhkan maruah Melayu antara memberi ihsan kepada bekas rakyat berketurunan Cina yang berada dalam keadaan pendatang haram di UK; dengan menghunus keris berjanji untuk memperjuangkan nasib Melayu, kemudiannya meminta maaf kepada Cina bila majoriti merosot; atau dengan tindakan kumpulan tertentu menghantar Menteri Luar memohon maaf kepada kerajaan China kerana kononnya Polis kita telah memeriksa "seorang warga China" secara tidak sopan sungguhpun ia merupakan SOP Polis dan akhirnya terbukti rakyat Malaysia berbangsa Melayu?

Kita boleh mengkritik tindakan Zahid dan KDN tetapi menuduh beliau mengkhianati perjuangan Melayu dalam isu ini sangat aneh dan luar biasa.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger