Selfie adalah perkataan paling popular bagi 2013.
Kegemaran untuk selfie kini bukan sahaja terbatas kepada kaum perempuan tetapi semua orang termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama turut melakukannya.
Ketika berlangsungnya majlis Academy Awards malam tadi, satu rekod baru iaitu gambar selfie paling banyak dikongsikan (retweet) di laman Twitter telah tercipta. Gambar tersebut adalah gambar selfie yang dirancang oleh hos Oscar, Ellen DeGeneres dan diambil Bradley Cooper.
Sebelum melakukannya, DeGeneres memberitahu penonton bahawa dia mahu mengambil gambar selfie yang akan dikongsi paling banyak dalam sejarah.
Selepas menuturkan kata-kata itu, dia mengajak pelakon legenda Meryl Streep bergambar dengannya, diikuti selebriti ternama lain yang duduk berhampiran iaitu Brad Pitt, Angelina Jolie, Jared Leto, Julia Roberts, Kevin Spacey, Jennifer Lawrence, Channing Tathum dan Lupita Nyong’o.
‘Kalaulah tangan Bradley lagi panjang…’ – itu kapsyen DeGeneres pada gambar selfie yang dimuatnaik di Twitter sejurus kemudian.
Sebaik gambar itu dimuatnaik, ia ligat dikongsi pengguna Twitter hingga rangkaian laman sosial itu mengalami masalah buat seketika kerana trafik yang terlalu menderu.
Hasilnya, dalam masa setengah jam sahaja gambar tersebut dikongsi lebih setengah juta kali dan mencecah lebih satu juta selepas sejam sekaligus memecahkan rekod gambar ‘Four More Years’ Barack Obama yang sebelum ini memegang rekod gambar paling banyak mendapat ‘retweet’.
Begitu pun, rata-rata menganggap jaguh dalam gambar selfie malam tadi adalah adik Lupita Nong’o, Junior yang melakukan ‘photobombed’ (tiba-tiba mencelah) ketika gambar itu diambil.
Junior yang kurang dikenali berbanding nama besar lain dalam gambar tersebut tiba-tiba sahaja menyelit dengan penuh yakin di depan Angelina Jolie. – mynewshub
Sumber: MIRROR UK

Post a Comment