Sempena Pilihanraya Kecil Kajang, Malaysian Insider telah
memaparkan wawancara bersama calon PKR, Dato’ Seri Wan Azizah yang bertajuk
‘Kenapa Saya Menggantikan Anwar Sekali Lagi’.
Jika wawancara itu diharapkan dapat menaikkan imej Wan Azizah
serta menarik sokongan terhadapnya, maka ia pastinya gagal sekiranya pengundi
dapat berfikir dengan rasional.
Ini kerana Wan Azizah telah secara jelas menyatakan yang beliau
sebenarnya kurang berminat atau ‘berat’ untuk aktif berpolitik setelah
menyerahkan kerusinya di Permatang Pauh kepada Anwar. Kenyataan ini jelas memperlihatkan
sikap beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana terus
menjadi Presiden parti walaupun pada hakikatnya beliau ‘sudah tidak ada
hati’.
Secara tidak langsung, Wan Azizah telah mengesahkan bahawa beliau
hanyalah boneka dan tidak mempunyai fungsi apa-apa melainkan sebagai lambang
penguasaan Anwar Ibrahim di dalam PKR.
Wan Azizah juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka yang
beliau akan dicalonkan di Kajang. Alasannya
ialah beliau telah tidak terlibat dalam perbincangan memandangkan namanya
disebut sebagai calon. Kedua
kenyataan ini jelas tidak konsisten atau bercanggah sesama sendiri. Mana satu yang betul, iaitu beliau
tidak tahu dan tidak sangka, atau beliau sebenarnya tahu?
Apapun, kenyataan ini mengesahkan bahawa Wan Azizah adalah seorang
Presiden parti yang tidak tahu apa-apa sehinggakan pencalonan untuk Pilihanraya
Kecil juga tidak dirujuk kepadanya dan bukanlah keputusannya.
Menurut Wan Azizah, objektif bertanding di Kajang ialah
Putrajaya. Strateginya
ialah untuk memperlihatkan pentadbiran yang baik di Selangor sebagai bukti
kelayakan PR untuk menjadi pemerintah. Kenyataan
ini memperlihatkan bahawa Wan Azizah mahupun PR langsung tidak punya apa-apa
perancangan untuk Kajang. Niat
parti itu mengadakan PRK hanyalah untuk berpolitik dan menawan Putrajaya dan
tidak sekali-kali melibatkan kesejahteraan rakyat Kajang.
Ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Wan Azizah seterusnya iaitu
bahawa beliau percaya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu atas dasar
‘ketidakadilan’ keputusan mahkamah terhadap suaminya.
Maka jelaslah, Wan
Azizah bertanding sekadar untuk meminta rakyat menyokong suaminya dan bukannya
untuk berkhidmat kepada rakyat.
Akhir sekali, Wan Azizah ditanya apakah beliau akan menjadi
‘pendamai’ antara Khalid dan Azmin? Jawapan Wan Azizah ialah beliau tidak
tahu. Jawapan ini sekali
gus menghancurkan terus kredibiliti beliau sebagai pemimpin.
Setiap jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Malaysian
Insider di dalam wawancara ini hanya membuktikan bahawa beliau sememangnya
tidak wajar dipilih sebagai ADUN. Hakikatnya,
tempat Wan Azizah adalah di rumah, sebagai seorang surirumah, sejak dari awal
lagi. Beliau tidak harus
menjadi Presiden PKR dan tidak harus menjadi wakil rakyat bagi mana-mana
kawasan pun. Apatah lagi
jika ingin menjadi Menteri Besar Selangor.
Selama ini Wan Azizah hanya mengikut sahaja arahan suaminya. Beliau meletak jawatan bila disuruh,
bertanding bila disuruh dan pastinya beliau tidak pernah memberi arahan dan
tidak pernah membuat keputusan dalam urusan partinya. Oleh itu, memilih Wan Azizah sebagai
ADUN bukan sahaja tidak adil buat penduduk Kajang, tetapi juga untuk dirinya
sendiri.
Wan Azizah tidak boleh memimpin kerana beliau sentiasa dipimpin
oleh Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang akan memimpinnya sekiranya
Anwar ke penjara nanti?
Post a Comment