APA agaknya perasaan, seorang pencuri apabila mengetahui yang dia bakal gagal keluar selepas ‘kantoi’ memecah masuk ke dalam sebuah rumah kerana kunci jeriji sudah dikunci oleh tuan punya rumah.
Itulah yang berlaku kepada seorang suspek pecah rumah di sebuah rumah dipercayai unit kondominium yang ‘terkunci’ selepas begitu leka menyelongkar rumah yang menjadi mangsa samunnya.
Bahagian pertama video itu menunjukkan suspek yang terkunci di antara pintu masuk dan pintu jeriji besi. Dia dipercayai terkurung di tengah-tengah kerana pintu jeriji dikunci oleh tuan empunya rumah sebaik menyedari ada seseorang yang asing di dalam rumahnya.
Daripada riak wajah suspek, kelihatan jelas dia membuat perlakuan jenayah itu akibat pengaruh dadah kerana percakapan dan kelakuannya kelihatan seperti ‘lalok’ sejak dari awal video.
Bahagian kedua video menunjukkan suspek ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba tidak berapa lama selepas itu dan siasatan awal yang dilakukan anggota polis ke atas rumah itu.
Pada video kedua, kelihatan keadaan dalam unit kondominium berkenaan yang berselerak kerana diselongkar oleh suspek untuk mencari barang berharga yang boleh dijual.
Beberapa almari dan laci telah dibuka serta diselongkar termasuk mangga kunci yang dipotong oleh suspek dalam usahanya untuk memecah masuk ke dalam rumah itu. –MYNEWSHUB.MY
Bahagian Pertama
Bahagian Kedua
Post a Comment