Kajang – Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah terhadap kenyataan Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang ingin menamparnya.
Beliau yang berucap ketika merasmikan Pertandingan Futsal Belia Hulu Langat di Taman Desa Sri Jenaris mengatakan disebabkan tindakan Raja Bomoh itu, Malaysia telah dimalukan.
Saya tidak boleh lama di satu tempat, sebab kalau saya (berada) lama di satu tempat Raja Bomoh akan cari saya. Jadi saya akan ke tempat lain. Tak ada masalah lah, kalau dia nak berdepan dengan saya pun saya tidak ada masalah.
Tadi ada press (wartawan) tanya saya, apa komen tentang Raja Bomoh, saya kata tak apalah, (sebab) dia sorang (sahaja) yang nak tampar saya, tapi satu Malaysia nak tampar dia sebab memalukan Malaysia” katanya secara bergurau.
Baca selanjutnya d SINI
Post a Comment