Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, 23, dari Kampung Gong Kepas Dalam, cedera di bahu kiri akibat ditikam suspek yang berumur 28 tahun itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pada hari kejadian, mangsa berada di rumah rakannya yang juga bekas isteri suspek.
Menurutnya, suspek telah datang ke rumah itu dan memarahi mangsa dengan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menuduh mangsa menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.
Difahamkan suspek sudah bercerai dengan isterinya sejak dua bulan lalu tetapi masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isterinya itu.
“Selepas memarahi mangsa, suspek dikatakan terus menyerang dan tikam mangsa dengan sebilah pisau rambo sebanyak sekali menyebabkan mangsa luka di bahagian atas bahu kiri.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut dan menerima rawatan sebagai pesakit luar serta menerima 10 jahitan,” katanya.
Noorzainy berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja.
“Selepas kejadian itu suspek telah menghilangkan diri dan usaha mengesannya sedangkan dilakukan. Kes disiasat di bawah Sekyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam," katanya.
Baca juga d SINI
Post a Comment