‘Raja Bomoh VIP nak tampar saya cam kokedai’, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di laman Twitter rasminya sebentar tadi.
Kenyataan yang dimuat naik oleh Khairy Jamaluddin atau mesra dikenali sebagai KJ adalah sebagai sindiran kepada Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin selepas bomoh terkenal itu mengeluarkan kenyataan mahu menampar menteri tersebut ‘macam buaya’.
Secara tidak langsung, ia menampakkan KJ menganggap kenyataan Ibrahim yang mahu menampar dirinya adalah sebagai bahan lawak.
Kenyataan balas dari KJ itu turut mendapat perhatian dari bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di mana beliau membalas kenyataan tersebut sebagai ‘ganas’.
Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut membalas kenyataan Twitter antara KJ dan Ibrahim sebagai ’2×5′.
Semalam, Suara.TV menemubual bomoh tersebut selepas beliau menjadi terkenal ekoran tindakannya yang berani mengadakan ritual pada 9 Mac lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Tindakan Ibrahim itu mendapat reaksi dari KJ yang mengatakan ritual Ibrahim itu sebagai memalukan.
Untuk itu, Ibrahim menyifatkan KJ sebagai biadap dan budak hingusan atas kenyataan yang dikeluarkan itu serta tidak mengetahui secara menyeluruh upacara yang diadakan.
Baca selanjutnya d SINI
Post a Comment