Home » » Sweden ; Ibubapa Di Hukum Penjara 14 Bulan, Keluarga Tidak Merayu !!

Sweden ; Ibubapa Di Hukum Penjara 14 Bulan, Keluarga Tidak Merayu !!

Written By Unknown on 29/03/2014 | 8:43 am





Pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa memukul anaknya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di negara itu kerana melanggar hak integriti anak-anak mereka.

Pengarah Tourism Malaysia Azizul Raheem Awaluddin dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana didapati bersalah melanggar mencabul integriti anak lelaki paling tuanya, Ammar, 13 tahun, memukul anak sulungnya Aisyah, 15 tahun dan Adam, 12 tahun.

Azizul bagaimanapun dilepaskan dari tuduhan melakukan keganasan ke atas anak bongsunya, Arif, 8 tahun.

Isterinya, Shalwati Norshal dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan kerana mencabul hak integriti Aisyah, termasuk didapati bersalah memukul dua lagi anak lelakinya iaitu Adam dan Arif.

Ibu bapa kepada kanak-kanak itu Azizul Raheem Awalludin seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa negara itu untuk siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak solat.

Keluarga Redha, Tak Cadang Kemukakan Rayuan Pembebasan Azizul, Shalwati :

Keluarga pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden hari ini, redha dengan keputusan itu serta tidak
merancang untuk mengemukakan rayuan.

Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan berkata walaupun sedih, mereka membuat keputusan tidak akan mengemukakan rayuan kerana khuatir hukuman lebih berat dikenakan ke atas pasangan itu.

“Ini selepas perbincangan dengan anggota keluarga, kalau buatpun kita takut
hukuman bertambah berat sedangkan peguam kitapun sememangnya peguam hebat tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kita,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mahkamah Daerah Solna menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati
dan 10 bulan terhadap Azizul Raheem bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka.

Noor Azila berkata Shalwati dan Azizul Raheem sebelum ini turut menyatakan
bahawa mereka bersedia dengan apa jua hukuman, meskipun pada hakikatnya
mengharapkan yang terbaik.

“Ini undang-undang Sweden, kita tak boleh kata apa, dia lain daripada yang
lain, kita nak komen lebihpun tak boleh,” katanya.

Noor Azila juga berkata anggota keluarganya di Kota Baharu, Kelantan akan
terus menjaga keempat-empat anak pasangan itu.

“Kita juga dah maklum pada anak-anak mereka apa yang berlaku. Mereka akan
terus kami jaga,” katanya.

Sementara itu, di KOTA BAHARU, adik Shalwati, Shaleena Norshal, 43, seorang guru yang mempunyai empat anak berusia antara dua dan 17 tahun, turut redha dengan keputusan mahkamah.

“Kami redha dengan keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah, dan kalau ikut pendakwa raya, mereka ingin jatuhkan hukuman selama dua tahun,” kata beliau kepada pemberita di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor hari ini.

Shaleena berkata beliau tahu keputusan itu menerusi aplikasi Whatsapp yang
diterima daripada seorang anggota keluarga mereka yang berada di Sweden.

“Kami dah dapat jangka keputusan ini, kami redha dan bersyukur sebab ini
hukuman paling minimun yang diberikan kepada mereka dan kami akan berdoa dan lakukan solat hajat agar dipermudahkan urusan mereka.

“Hukuman ke atas mereka akan dikurangkan jika berkelakuan baik, apa yang
saya tahu, mereka juga kena bayar pampasan kepada anak-anak mereka tetapi jumlahnya masih belum diketahui,” katanya.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang
guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Dis tahun lepas kerana
didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Wartawan tidak dibenarkan oleh keluarga untuk menemu bual anak-anak pasangan itu iaitu Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger