Home » » Siti Zabedah Kassim: Lambang Kebodohan Peguam Malaysia?

Siti Zabedah Kassim: Lambang Kebodohan Peguam Malaysia?

Written By Unknown on 06/03/2014 | 3:43 pm



Seorang Ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim semalam menggemparkan masyarakat bertamadun apabila merujuk kepada umat Islam yang mempertahankan kalimah ‘Allah’ sebagai lembu kerana bergurukan Ulama dan bukannya ajaran Al-Quran sebenar.

Siti Kassim berkata demikian di perkarangan mahkamah yang bersidang semalam bagi rayuan kes The Herald, yang sebelum ini memutuskan menghalang penggunaan nama ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan Kristian.

Siti Kassim turut memakai T-Shirt yang bertulis “Allah Rabb Al Alamin Tuhan Sekalian Alam” sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan pihak Kristian.

Majlis Peguam merupakan antara pertubuhan yang menyertai COMANGO iaitu gabungan NGO yang mendesak penghapusan undang-undang berkaitan seks songsang dan juga murtad. Siti Kassim merupakan antara ahli yang paling aktif memperjuangkan perkara ini di mana beliau turut menjadi individu di hadapan dalam mempertahankan program Seksualiti Merdeka suatu ketika dahulu.

Secara dasarnya, Siti Kassim menganggap dirinya sebagai mewakili pihak yang lebih arif manakala umat Islam yang tidak bersetuju dengan beliau merupakan pihak yang kolot, mundur dan bodoh.

Walaubagaimanapun, kenyataan Siti Kassim yang menyamakan umat Islam sebagai lembu menyerlahkan hakikat kebodohan dirinya sendiri.

Seorang yang terpelajar, apatah lagi yang berkelayakan sebagai peguam seharusnya tahu memilih perkataan dengan baik untuk berhujah serta tidak terbawa-bawa oleh emosi benci atau marah yang meluap-luap sehingga memanggil orang lain dengan gelaran-gelaran buruk.

Jika benar Siti Kassim lebih arif mengenai Al-Quran maka beliau seharusnya tahu bahawa ‘Allah’ adalah Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Justeru, di manakah logiknya bagi Kristian untuk merujuk kepada Tuhan mereka sebagai ‘Allah’ sedangkan mereka percaya bahawa Tuhan mereka bukannya Esa, tetapi bersifat tiga dalam satu dengan dua daripada entitinya merupakan bapa dan anak?

Jika sifatNya berbeza, mana mungkin Ia adalah sama? Jika tidak sama, kenapa perlu dirujuk kepada nama yang sama? Kenapa si hitam perlu digelar putih sedangkan ia sememangnya hitam? Kenapa perlu menyusahkan, mengelirukan dan mencipta ketegangan tanpa sebab yang konkrit?

Ini adalah hujah akademik dengan fakta mudah yang telah tidak mampu dipatahkan oleh pihak Kristian. Namun, Siti Kassim tetap memilih untuk memihak kepada Kristian.

Entah permainan apakah yang Kristian ingin mengajak kita bermain di sini? Dan apakah peranan Siti Kassim dalam permainan ini?

Pihak Kristian kononnya memberi alasan bahawa nama ‘Allah’ telah digunakan oleh agama lain, khasnya Kristian, sejak sekian lama, terutama di Sabah dan Sarawak dan juga di beberapa negara Arab.

Namun, hakikat di sini ialah kita bukan bercakap mengenai Sabah atau Sarawak atau negara Arab tetapi di Semenanjung Malaysia. Di Semenanjung, undang-undang menghalang agama lain menggunakan nama ‘Allah’ telah tercatat sejak berdekad lalu. Undang-undang ini tidak pernah membawa masalah kepada sesiapa malah ternyata merupakan antara faktor yang memungkinkan rakyat hidup dalam harmoni.

Undang-undang ini tidak sekelumit pun menjejaskan amalan agama Kristian dari apa-apa segi sekali pun.

Oleh itu, kita ingin bertanya pihak Kristian, jika tidak ada yang terjejas kerananya, malah membawa keharmonian pula, kenapa perlu ia ditentang, dicabar dan diubah?

Apakah agama Kristian mengajar penganutnya untuk mencipta ketegangan dan menentang keamanan? Apakah agama Kristian mengajar penganutnya mencipta kekeliruan dan kecelaruan?

Berbalik kepada Siti Zabedah Kassim, sang peguam yang berpemikiran terbuka, bijak lagi moden tadi, kita juga ingin tahu, apakah yang beliau faham mengenai ajaran Kristian mahupun Islam? Sudah berapa kali beliau khatam Al-Quran dan sudah berapa banyak rujukan dibuat bagi melayakkan beliau ‘menglembukan’ umat Islam lain? Atau sudah berapa kali beliau khatam Injil? Dan Injil versi manakah yang dikhatamnya?

Kita ingin menyeru Siti Kassim dan golongan yang diwakilinya iaitu ‘liberal, plural, LGBT dan Kristian’, iaitu jika anda benar-benar bijak, berhujahlah atas fakta dan alasan yang logik.

Jawablah persoalan-persoalan yang dikemukakan iaitu tentang kenapa dan mengapa perlu sangat menggunakan nama ‘Allah’ bagi Tuhan Kristian walaupun ia tidak membawa apa-apa perbezaan pun kepada penganut Kristian dari segi amalan mereka?

Kenapa perlu bermati-matian berjuang sehingga mencetuskan ketegangan sedangkan penggunaan nama ‘Allah’ di dalam Injil tidak membawa faedah apa-apa, melainkan keburukan semata-mata?

Kita pasti Siti Kassim dan yang segolongan dengannya tadi tidak mampu menjawab soalan ini. Justeru, merekalah yang sebenarnya golongan ekstrem yang tidak lagi rasional dalam memperjuangkan kebebasan total dengan cuba memaksa cara hidup dan kepercayaan mereka itu ke atas orang lain. Mereka gemar mencari gaduh dan mencipta ketegangan, gemar mengejek dan memperlekeh orang lain dan menganggap cara mereka sebagai cara yang hak atau benar.

Hakikatnya, mereka inilah manusia jahiliah, berpemikiran kolot dan bodoh sombong.

Untuk pengetahuan Siti Kassim, lembu juga tahu mengikut hukum alam dan tidak akan melakukan hubungan sejenis seperti rakan-rakannya. Manusia yang tidak tahu undang-undang dan engkar dengan hukum alam adalah jauh lebih hina dan bodoh, dari lembu.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger