Sepang: Padah terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, nyawa seorang wanita berakhir dengan sebutir peluru menembusi kepala sebelum mayatnya ditinggalkan di sebuah ladang sawit di Sungai Pelek, di sini.
Mayat wanita berusia 29 tahun yang lengkap berpakaian namun ada kesan tembakan di kepala ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu jam 9 pagi Sabtu lalu, sebelum mereka memaklumkan kepada polis.
Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.
“Mangsa tinggal di Cheras bersama anaknya manakala suaminya tinggal berasingan kerana mereka di dalam proses bercerai, mangsa ditemui lengkap berpakaian dengan kesan tembakan di kepala.
“Mangsa tidak terbabit sepenuh masa dalam aktiviti pengedaran dadah, tetapi hanya mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupannya bersama anak kecil,” katanya.
Post a Comment