Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Akhirnya Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah melakukan sidang media untuk memaklumkan bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama (1) & Ketiga (3) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dilanjutkan sehingga tarikh 30 April 2014.
Berikut adalah makluman rasmi SYABAS didalam sidang media tersebut :
Sidang Media SYABAS
Kuala Lumpur 29 Mac 2014 – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa pada Mesyuarat Pelan Kontigensi Pengagihan Bekalan Air Berjadual bertarikh 28 Mac 2014, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan bahawa perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadualkan berakhir pada 31 Mac 2014 akan dilanjutkan sehingga ke tarikh 30 April 2014.
Anda boleh semak Kawasan dan Zon yang terlibat disini :
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama Dan Ketiga
Walau bagaimanapun, pelan catuan ini terus dikaji oleh pihak kerajaan negeri Selangor dan ianya bergantung kepada keadaan semasa dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan oleh SYABAS kepada pengguna dari masa ke semasa.
Paras Ammonia Masih Tinggi
Merujuk kepada pelan catuan bekalan air yang dilaksanakan pada masa ini, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang masih diaktifkan kerana kedua-dua Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang masih tinggi di Sungai Langat.
Paras Empangan Masih Kritikal
Pada masa yang sama, penurunan hujan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang sejak beberapa hari kebelakangan ini masih tidak dapat meningkatkan paras empangan dan aliran air di Sungai Selangor menyebabkan pelan catuan bekalan air peringkat ketiga masih terus dilaksanakan.
Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga dilaksanakan berikutan pengawalan dan pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates masing-masing sebanyak 500 Juta Liter Sehari (JLH) dan 30 JLH masih diteruskan oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Kerjasama Dari Pengguna
Justeru, para pengguna juga ditegaskan agar mengelakkan pembaziran dan tidak menggunakan air untuk tujuan kurang penting seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mencuci longkang, mengisi kolam renang, menyiram pokok bunga dan menyiram bumbung premis kediaman/perniagaan semata-mata untuk menyejukkan keadaan.
Sehubungan itu, para pengguna juga diminta untuk berkerjasama dan mengambil tindakan serius terhadap tindakan berjimat cermat ini.
Pengguna juga ditegaskan agar tidak melakukan sebarang kerosakan terhadap sistem bekalan air SYABAS khususnya aset-aset seperti jajaran paip, rumah pam atau kolam kerana tindakan tidak bertanggungjawab ini akan turut menyebabkan kesulitan kepada pengguna.
Pihak SYABAS juga berhak mendakwa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sekiranya di dapati bersalah melakukan kesalahan tersebut selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Pada masa yang sama, para pengguna digalakkan untuk melayarai laman web SYABAS (www.syabas.com.my) untuk mendapatkan perkembangan terkini dan informasi berkaitan berhubung pelan catuan bekalan air yang dilaksanakan ini.
PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
**Para pengguna di seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai pertanyaan atau laporan berhubung bekalan air disaran agar menghubungi talian bebas tol (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau hantarkan SMS ke 39222 dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan>, atau emel ke puspel@syabas.com.my. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web Twitter dan Facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.
sumber : http://www.syabas.com.my/press-release

Post a Comment