"Saya harap SPR berlaku adil dalam PRK Kajang". "Kajang Ini adalah referendum rakyat untuk ketidakadilan yang telah berlaku dan referendum terhadap sistem kehakiman yang berlaku dalam negara hari ini."ujar Wan Azizah sambil disambut sorakan dari penyokong PKR.
Tindakan Wan Azizah memberi amaran kepada SPR supaya berlaku adil ini telah membuktikan bahawa beliau dan kem PKR sendiri tidak mempunyai keyakinan untuk menang selesa di Kajang susulan masalah dalaman yang dihadapi Pakatan Rakyat khususnya di Selangor.
Wan Azizah turut gembira dan mengucapkan syukur di atas sokongan padu dari pengikutnya dan juga rakan-rakan dari komponen PAS dan DAP walaupun terdapat sedikit pergeseran dalaman susulan kes saman yang melibatkan Hadi Awang dan seorang pemimpin PKR baru-baru ini.
"Saya sungguh terharu. Ini memberi suntikan baru kepada apabila melihat begitu kuat sokongan daripada pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat". "InsyaAllah pengundi-pengundi akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pertandingan ini berlaku di atas padang yang sama rata", tambah beliau lagi.
Terdahulu Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengesahkan hanya dua calon yang disahkan bertanding iaitu Wan Azizah dari PKR dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.
Sebelum ini,Anwar telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding mewakili parti PKR di Kajang selepas kerusi itu dikosongkan dengan sengaja oleh Lee Chin Cheh, tetapi terpaksa menukar strategi dengan mencalonkan Wan Azizah selepas beliau disabitkan dengan kesalahan meliwat.-UtaraNews.com.
No comments:
Post a Comment