12/03/2014

#prkkajang ; Foto "Pesta Seks Songsang", Pemimpin Pas Memang Celaka


Satu pesta meraikan kumpulan seks songsang ‘lesbian, gay, bisexual, transgender’ (LGBT) bakal diadakan di Pulau Pinang pada 29 Mac ini.


Berdasarkan poster yang dimuatnaik di internet baru-baru ini, acara tersebut dianjurkan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Rainbow Connection dan Penang Freedom to Love bertujuan mengumpulkan para pengamal seks songsang dan beraktiviti bersama-sama dalam satu parti pada waktu malam.
Para peserta dikenakan bayaran RM45 untuk menyertai aktiviti bengkel dan parti.

Parti tersebut akan diadakan di 1926 Heritage Hotel, 227 Jalan Burma manakala bengkel diadakan Yard Cafe, Jalan Masjid Kapitan Keling.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah penyampaian tentang ‘Rainbow Rights’ oleh Guilio Jackson, pameran gambar, pelancaran ‘I am you, be a trans ally’, persembahan dan tarian.

Selain itu, poster tersebut turut mengandungi maklumat mengenai tempat, , anjuran, harga pendaftaran serta pautan untuk pendaftaran.
Sementara itu, Laman Facebook Pink Dot Singapura turut mewar-warkan acara yang sama dengan memuatnaik pautan poster itu.

Pink Dot merupakan sebuah gerakan LGBT di Singapura yang sentiasa mengadakan acara tahunan untuk mempromosikan kebebasan saling mencintai tanpa mengira orientasi seksual mereka, bebas untuk kasih sayang dan disayangi.

Pada tahun 2013, acara ini diadakan secara besar-besaran di Singapura dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT supaya hubungan sesama jenis masih dianggap tidak melanggar hukum.
Menurut laman web pinkdot.sg pada tahun 2012 mereka telah menyiarkan sebuah video berjudul “Someday” yang mengisahkan impian mereka di masa hadapan dengan harapan tidak wujud lagi diskriminasi gender dan orientasi seksual.

Video yang diarahkan oleh Boo Junfeng itu turut membayangkan masa depan LGBT yang mahukan masyarakat secara terbuka dapat meraikan kepelbagaian, kebebasan mereka untuk hidup bebas.

mymassa

No comments:

Post a Comment